Sunday 25 August 2013

AKTIVITI RAMADHAN 2013

Hye uolllzzzz.... ^__^

Bertemu lagi kita dalam rancangan aktiviti-aktiviti YML.. hehehe~ erm..salam 18 Syawal.. seperti yang dijanjikan, hari ni YML nak share pulak aktiviti YML sepanjang Ramadhan..seminggu sebelum Ramadhan, YML membantu company YML membungkus hamper Ramadhan berupa kurma, apricot, kekacang bagi menyambut kedatangan Ramadhan..gambar-gambar ni YML ambil dari facebook Kak Suhaila..my ofismate..jom kita tengok...





Ada untuk VIP, VVIP, Staff biasa mahupun staff-staff company YML.. :) merasa la sorang sikit..

Okay, menjelang Syawal pula, kami bertungkus lumus menyiapkan hamper raya..hamper raya berupa sejadah, kuih raya, tasbih, serta alquran & buku untuk VVIP..jom cuci mata.. 




Alhamdullillah...bertungkus lumus siapkan dalam masa 3 hari..kebanyakan idea-idea menghias ni datang daripada kak Suhaila..Beliau sangat kreatif okeh~! :) YML buat apa je?? haa...tengok gambar kat bawah ni..sama dengan gambar hamper raya pertama tadi..Ni merupakan sepenuhnya hasil tangan YML..banyak tau..dalam 120 bungkusan kalau tak silap...banyakkan?kena siapkan dalam masa yang singkat tau! da macam hantaran kahwin..hehehe~ tapi senang je nak buat ni..tak percaya?okay, akan datang YML share kan tutorial menghias hantaran yang sangat mudah! U ollzzz boleh buat sendiri kat rumah.. :)



Kalau ada yang berminat untuk mendapatkan khidmat YML, bolehlah hubungi YML segera.. :)

Email : yuemielycious.blogspot.com
Miera : 017-7262529 (juga boleh WhatsApp, WeChat dll)
Aiyue : 012-6847233 (call/sms), 0146650392 (WhatsApp, WeChat) BB pin:2696702D

Oh ya..sepanjang Ramadhan juga, YML sibuk menyiapkan tempahan kuih raya @ cookies daripada pelanggan...jutaan terima kasih kepada yang membuat tempahan.. :) harap berpuashati...pada yang YML tak dapat penuhi permintaan disebabkan waktu yang sangat terhad, YML mohon maaf banyak-banyak..namun begitu, YML jemput kalian datang rumah & YML juga bawa kuih raya ke pejabat untuk sahabat-sahabat YML.. ^__^ tapi...mama YML baru call tadi cakap kuih raya dah abis! huhuhu~ FYI, setiap tahun YML buat kuih raya sendiri untuk stok sebulan raya tau! tapi tahun ni tak dapat sebab kesuntukan masa..takpe..kita cerita lebih lanjut pasal kuih raya dalam post akan datang ye.. :)


Sebelum berakhir, YML nak kongsikan satu selawat yang sangat indah untuk kita hayati...
Ya hanana dari Habib Syech..beliau telah datang ke Melaka malam tadi, program Melaka Berselawat anjuran Kerajaan Negeri Melaka, Malam Cinta Rasul..sama-sama kita hayati bait-bait indah ini...



YA HANA NA - BETAPA BERUNTUNGNYA KAMI


ظَهَرَ الدِّينُ المُؤَيَّد   بِظُهُورِالنَّبِى اَحمَد
dzoharoddiinul muayyad bidzhuhuurin nabi ahmad 
Telah muncul agama yang didukung,  dengan munculnya sang Nabi Ahmad


يَا هَنَانَــــــــا بِمُحَمَّد  ذَلِكَ الفَضلُ مِنَ الله
ya hana na bimuhammad   dzalikal fadhlu minallah
Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad (Saw), itulah anugerah daripada Allah SWT

يَا هَنَانَا
ya hana na
Betapa Beruntungnya Kami 

خُصَّ بِالسَّبعِ المَثَانِى   وَحَوى لُطفَ المَعَأنِى
khusho bissab’il matsani   wa hawa luthfal ma’ani
Diistimewakan dengan as-Sab’ul Matsany (al-Fatihah), penghimpun rahsia bagi setiap makna

مَالَهُ فِى الخَلقِ ثَانِى   وَعَلَيهِ اَنزَلَ الله
ma lahu fil kholqi tsani   wa a’laihi anzalallah
Tidak ada yang senilai dengannya, dan Allah mewahyukan kepadanya (Muhammad SAW)

يَا هَنَانَا
ya hana na
Betapa Beruntungnya Kami 

مِن مَكَّةٍ لَمَّا ظَهَر    لِاَجلِهِ انشَقَ القَمَر
min makkatillamma dzohar    liajlihin syaqqal qomar
Ketika di Makkah bulan tampak terbelah deminya (Muhammad SAW), 

وَافتخَرَت الُ مُضَر   بِهِ عَلى كُلِّ الاَنَام
waf takhorot aalu mudhor     bihi ala kullil anam
lalu kabilah Mudhar (kabilah Muhammad SAW) dibanggakan oleh seluruh manusia

يَاهَانَانَأ
ya hana na
Betapa beruntungnya kami

اَطيَبُ النَّاسِ خَلقًا   وَاَجَلُّ النَّاسِ خُلُقُا
athyabunnasi kholqon   wa ajallunnasi khuluqon
Beliau adalah manusia yang terbaik ciptaanNya, dan teragung akhlaknya

ذِكرُهُ غَربًا وَشَرقًا   سَائِرٌ وَالحَمدُ لِله
dzikruhu ghorbaw wa syarqon    saa iruw walhamdu lillah
Semua berzikir ke atasnya samada di barat atau di timur, segala puji hanya bagi Allah SWT

يَاهَنَانَا
ya hana na
Betapa beruntungnya kami

صَلُّوا عَلى خَيرِ الاَنَام   المُصطَفَى بَدرِالتَّمَام
shollu a’la khoiril anami   al musthofa badrittamami
Berselawatlah ke atas sebaik-baik manusia (Muhammad SAW) yang terpilih, sang bulan purnama

صَلُّوا عَلَيهِ وَسَلِّمُوا   يَشفَع لَنَأ يَومَ الزِّحَام
shollu a’laihi wasallimu  yasyfa’ lana yaumazzihami
Sampaikanlah salam kepadanya, moga diberi syafaat di hari kebangkitan

يَا هَنَانَا
ya hana na
Betapa beruntungnya kami

يَا هَنَانَا

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2013/02/qasidah-ya-hanana-lirik-dan-maksud.html#ixzz2cyHXfqrI


~YML MIERA~


No comments:

Post a Comment