Monday 17 September 2012

APAM CORNETTO


YML sangat teruja nak share gambar-gambar Apam Cornetto yang YML baru cuba buat.. :) bentuk dia yang cute tu, sayang nak makan tau~! Hehe~ first time YML buat pada Syawal ke-5, tak muat nak topping kan dengan coklat..tapi YML da sangat teruja dengan rupanya..dek kerana geram, dan takut tidak berpeluang untuk cuba lagi, (sebab lepas tu dah nak balik Melaka)YML bancuh lagi sekali pada hari yang sama..bermula pukul 11.00 malam..hehe..mak YML geleng kepala cakap bila nak tido macam ni...YML nak jugak try, dan ini lah hasilnya.. senyum ayah YML tengok rupanya...tak sampai hati nak makan..hehe~

First Trial...hehehe~

second trial.. ^__^

...7 Warna Pilihan... :)


YML siapkan apam cornetto ini pada pukul 3 pagi.. :) sikit pun tak rasa mengantuk, malahan tak sabar-sabar nak tunggu coklat tu kering dan nak buka dari acuan..inilah hasilnya.. :) YML hidangkan pada tetamu-tetamu yang datang beraya rumah YML..atas diaYML letak kacang tanah atau badam cincang..memang macam aiskrim cornetto kan?hehe~ YML telah pun dapat tempahan yang pertama dari ofis YML...untuk jamuan hari raya..dan ternyata semua teruja dengan rupa dan rasanya.. :)

Tempahan dari ofis..... :) :) :)

yang bawah ni pula YML buat khusus untuk kakak partner YML ni...open house di rumah beliau semalam... :) 


YML buat saiz kecik sket...kira saiz M la..sebelum ni saiz L..hehe...YML rasa saiz macam ni lagi praktikal...comel...dan lebih efisien...taklah orang cepat muak nak makan apam ni...sekali rasa, pasti nak lagi... :) YML juga bekalkan pada kawan-kawan YML yang datang jauh dari Johor Bahru untuk konvoi ke kenduri kahwin di Selangor....mereka pun suka dengan bentuknye yang comel ni... :) yang ni YML ambil dengan harga RM0.80 sebatang... :)


No comments:

Post a Comment