Friday, 24 May 2013

SELAMAT DATANG REJAB!

Hye u ollssss....apa khabar?rasanya belum terlambat untuk mengucapkan..... Salam Rejab buat semua.. =) puasa tak hari ni? (pehal lak tetibe tanya puasa ni..da masuk bulan puasa ke?) haa~ YML tau bila masuk bulan Rejab ni, ramai yang ambil kesempatan untuk berpuasa sunat, dan juga puasa ganti kan..kan?urm..bercakap pasal bulan Rejab ni, banyak kita dapati hadis-hadis berkenaan kelebihan bulan Rejab....tapi sejauh mana kebenarannya?ada pendapat mengatakan hadis-hadis tersebut adalah palsu..



Rejab bermaksud Ta'azim. 
Rejab adalah bulan ketujuh dalam kalendar Islam. 
Rejab bererti kebesaran. 

Berpuasa dalam bulan Rejab adalah digalakkan tetapi tiada satu hadis sahih yang membuktikan bahawa berpuasa pada hari-hari tertentu dalam bulan Rejab akan mendapat ganjaran istimewa.

Empat bulan Haram - Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab. Bulan Rejab merupakan satu bulan dari bulan-bulan Haram. Sebelum ini YML pernah menceritakan tentang bulan ZulkaedahBulan Rejab mengandungi peristiwa-peristiwa bersejarah kepada orang Islam dimana berlakunya peperangan Tabuk, pembebasan Al-Aqsa dari tangan tentera Salib dan juga ada orang Islam yang berpendapat bahawa bulan inilah berlakunya peristiwa Isra' dan mi'raj Nabi Muhammad saw. Tidak kurang juga ramai yang melihat bulan Rejab ini sebagai satu bulan spiritual dimana mereka mempertingkatkan ibadat sunat khususnya ibadat puasa. 


1.Lahirnya Imam Syafie RH
Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia Feqah dan pengasas pada Mazhab Imam Syafie.
2.Hijrah Pertama Hijrah ke Habsyah (Ethiopia)
Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya.
3.Isra’ dan Mi’raj
Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmuqaddis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT.
4.Perang Tabuk
Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi berbagai kesukaran.
5.Pembebasan Baitul-Muqaddis
Panglima tentera Salehuddin Al-Ayubi telah berjaya menawan kembali Baitul Muqaddis dari tangan tentera Salib.



Hadis-hadis palsu berkenaan fadhilat bulan rejab diterangkan dengan lebih jelas dalam artikel ISLAM PELITA HIDUP.

Kesimpulannya, kebanyakan hadis-hadis tentang ganjaran di bulan Rejab adalah Mawdhu' (palsu). Tiada ibadat khusus seperti solat dan zikir khas..tiada juga fadhilat khas seperti ganjaran puasa hari pertama, kedua, ketiga dan seterusnya, kecuali kaedah berpuasa sunat yang lazim  iaitu :-

  1. hari yg ke 9,10,11 di dalam bulan Muharam (Syeikh Abdul Aziz bin Bazz)
  2. berpuasa hari Khamis, Jumaat, Sabtu (Hanafiah - Al-Zuhaily) 
  3. Berpuasa pada bulan Rejab tidak sepenuhnya dan Sya'ban tidak sepenuh bulan (Al-Qardhawi) 
  4. berpuasa pada hari Assyura' (10 Muharam) dan Hari Arafah (9 Zulhijjah). 


Kita juga masih boleh mengamalkan puasa sunat di Bulan Rejab, sama ada puasa sunat Isnin & Khamis, atau puasa Nabi Daud, iaitu sehari berpuasa & sehari berbuka, seperti hadis nabi saw, 
 


Diriwayatkan dari ‘Aisyah r.a. menceritakan bahawa; “Adalah Rasulullah s.a.w. amat menjaga puasa pada hari Isnin dan Khamis” 
(Riwayat Imam Tirmizi. Menurut beliau, hadis ini hasan soheh)


DAN

"Puasa yang paling disukai Allah adalah puasanya Daud as.: ia berpuasa sehari dan berbuka sehari. Dan salat yang paling disukai Allah adalah salatnya Daud; ia tidur separuh malam, beribadah sepertiga malam, dan tidur lagi seperenamnya."
(riwayat Bukhari & Muslim)

AWASIah dari terlibat menyebarkan HADIS-HADIS PALSU, kerana ditakuti kita adalah sebahagian dari mereka yg MENDUSTAKAN Rasulullah saw. (Na'uzubillahhu min zalik). 

Sumber : TRIPOD, MINDA TAJDID, UYE, SMART SUFI, RIDHAUDDIN

wallahualam...


Tuesday, 21 May 2013

YML 1st JOB WEDDING!

27 April 2013....inilah tarikh bersejarah dimana YML melaksanakan job candy buffet & guestbook corner yang pertama! =) majlis sahabat YML sendiri, saudara Muhammad Firdaus dan pasangannya...

Terima kasih kerana percayakan kami.. :) moga bahagia hingga hujung nyawa...kekal sampai syurga dan cepat dapat baby....hehehe~

rasanya tak perlu YML bercerita panjang...biar gambar dibawah menghuraikan segalanya.. ^__^


tadaaa~! temanya pink-silver.. =)

meriah kan? kalau berminat, hubungi kami.. insyaALLAH berbaloi-baloi! 

Antara hidangan Candy Buffet : Apam Cornetto, Blueberry Cheese Tart, 2 jenis biskut, Roka, Coco Jelly dan banyak lagi.. ^__^

Antara hiasan yang ada dalam koleksi kami.. M.R.&.M.R.S alphabet..boleh juga menyewa jika ingin menggunakan kreativiti sendiri..
Our homemade Sweet Treats!

Lolipop berwarna ceria!

Adik pun nak masuk dalam cerita ni?ok takpe...dia sangat teruja hokeh dengan persembahan YML kat meja tu! hehe~
Our Homemade Chocolate Moist Cake.. :) cantik kan gambar ni?ehehe~ credit to YML AiYUE.. 

Sibuk je budak tu inteprem kan?hahaha~ mase proses touch-up..

Nak tau, kitorang punya makanan yang meriah ni, tak sampai 2 jam...licin! haha~ waktu kemuncak nya masa tengahari la..ditambah dengan kedatangan pengantin...penuh kawasan ni...YML nak masuk amik gambar pun tak dapat..


Apam Cornetto yang mendapat permintaan tinggi... :) 

Moist Cake Chocolate..kalau dah namanya coklat, memang feveret ramai!

Sweets for my Sweet!

malam tu hujan...nasib baik selamat...tak basah...YML setup barang-barang sehari sebelum majlis supaya tak kelam kabut..tapi semua makanan YML letak pada pagi hari kejadian..

Kat bawah ni pula guestbook corner jenis CSI....pakcik makcik pun turut sama excited turunkan tandatangan dan cop jari..memang seronok tengok gelagat mereka.. =) mereka cakap dua jarang-jarang mereka jumpa majlis kahwin yang ada sudut seperti ni.. ^___^
Pakcik ni merupakan orang pertama yang menurunkan tandatangan... :)
Antara props yang kami sediakan untuk guestbook corner.. ^__^
haaa...kejap je da penuh...hehehe~
banyaknyer colour! tak tau nak pilih warna apa...
"cepat bang....saya pun nak tinggalkan cop jari jugak!"
masa ni, orang tengah ramai berpusu-pusu keluar dan masuk...da takde ruang nak lalu dah.. :)
Apa pun...ia merupakan satu kenangan dan pengalaman yang berharga buat YML.. ^__^ masih lagi banyak kekurangan di sana sini...sokongan kalian amatlah bermakna buat YML dan penambahbaikan akan sentiasa dilakukan demi menghasilkan kerja yang terbaik! :) 

Sekian sahaja buat tatapan kalian...terima kasih kerana melawat blog YML! =) insyaALLAH, YML akan cuba sekerap mungkin untuk update kisah-kisah terbaru dan juga info-info yang bermanfaat untuk semua...moga dipermudahkan segala urusan...jangan lupa like FB YML ya! 

Thursday, 16 May 2013

SELAMAT HARI GURU ^__^

WOW! da dua bulan ko tak hapdate blog ni? ko da kenape? huhuhu~ ni lah antara cabaran-cabaran yang terpaksa dilalui bagi seorang pekerja sepenuh masa dipejabat (ke alasan?), part time homemade business, dan juga perantau di tempat orang.. (fakta..ke auta?)..fakta okeh..hampir setiap hujung minggu I balik kampung..rindu family..hee~ agak kritikal untuk membahagikan masa dengan penuh saksama dan bijaksana...baru-baru ni plak broadband buat hal selama 3 minggu..maka..itulah jawapan kepada sepinya blog ini tanpa post terbaru... (ada orang kisah ke?)



Hari ini, tanggal 16 mei 2013..dikesempatan ini YML ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua guru-guru, pendidik anak bangsa sejak YML mula menjejakkan kaki ke sekolah tadika, sehingga ke hari ini..tak terbalas jasamu..moga aku tersenarai menjadi salah seorang murid kebanggaanmu..


Juga kepada pensyarah-pensyarah..baik ketika pengajian diploma mahupun ijazah..siapa diri ini sekarang, kalian lah menjadi sebahagian dari pembentuk diri ini....


Tidak lupa juga kepada tenaga-tenaga pengajar tidak langsung...ibu bapa, sahabat handai, penulis artikel-artikel motivasi dan peringatan, mereka-mereka yang berkongsi ilmu melalui penulisan dan kata-kata... yang semuanya membentuk dan mematangkan diri sehari-hari...banyak mengajar diri ini erti kehidupan..

Pada guru-guru ku juga insan-insan yang pernah memberikan khidmat bakti tanpa jemu..pada yang masih berhubungan, moga dikekalkan ikatan silaturrahim itu..pada yang sudah lama tidak ke temu...moga kita tetap berjodoh suatu hari nanti....ku harap pertemuan indah dengan mereka....moga aku menjadi salah satu sebab kepada senyuman mereka.. terima kasih cikgu!


~YML MIERA~