Showing posts with label HOME COOKING. Show all posts
Showing posts with label HOME COOKING. Show all posts

Saturday, 15 December 2012

POPIA SARDIN

Assalamualaikum.... :)

Salam 1 Safar 1434 H bersamaan 15 Disember 2012... ^__^ cantik tarikh Hijrah hari ni kan? 1.2.34...moga kehidupan yang dilalui secantik tarikh hari ini.. dan walaubagaimana cantiknya angka itu, ia bukanlah penentu kehidupan dan nasib seseorang..jadi jangan terlalu taksub ye kawan-kawan~!

Menjejaki tarikh ini juga menunjukkan yang YML dah lama tak update post baru... :( kesibukan dari hari ke hari menyebabkan YML terabaikan blog ni.... (sibuk mengalahkan PM ke?) biasalah hujung-hujung tahun ni, memang beban kerja melebihi kebiasaan kan.. ke sana ke mari memenuhi tuntutan kerja, serta amik cuti panjang untuk menghabiskan cuti tahunan (sebenarnya kan....) jauh perjalanan, luas pemandangan, bertambah pengalaman..  :)

Okay..Harini YML nak share satu lagi produk YML... Popia Sardin...atau bahasa omputihnya 'Sardine Roll'... 



Homemade inti...sardin+kentang..ditumis dengan lada boh, serta diperah limau untuk menghilangkan rasa hanyir ikan...kemudian dibalut dengan kulit popia.. intinya yang kering membuatkan kulitnya tidak lembik walaupun setelah sejuk... Alhamdulillah mendapat respon positif daripada customer yang dah rasa.. :) tempahan boleh dibuat samada belum goreng (frozen) ataupun siap di goreng.. ^__^

Untuk frozen, 50 batang RM15..manakala siap di goreng RM18... ^___^




Tips menggoreng popia:
  • Inti perlu ditos, tak boleh berair
  • Pastikan minyak cukup panas sebelum masukkan popia..
  • Teknik menggoreng - masa nak masukkan popia api kena kuat, lepas tu slow/sederhanakankan api, gorengan mesti tenggelam atau kene selalu balikkan untuk warna yang sekata..once dah mula garing baru kuatkan semula api untuk kegaringan yang sekata..bile dah agak kekuningan atau keemasan...angkat dan toskan..
Inshaa ALLAH kalau digoreng dengan cara yang betul..goreng pagi pun rangupnya bertahan hingga malam..



YML Miera..

Thursday, 8 November 2012

BREAKFAST - SANDWICH, KACANG SAMBAL, CREAM PUFF


Assalamualaikum semua~!

Sihat? :) kali ni YML malas nak cakap banyak-banyak....YML saje je nak tunjuk makanan-makanan simple yang YML buat dan bawak untuk sarapan di ofis bersama ofismate.. :) siap dapat tempahan sarapan untuk meeting yang diadakan...hehehe~ YML terima je dengan hati terbuka...post ni pun da lama sebenarnya terperap...okay jom layan~

haaa~ cer teka..cer teka...YML buat sarapan apa?ada tomato & sandwich ni..hehe~

Tadaaa~! Sardin & Kentang.. ^__^

haaaa.....akhirnya jadi lah sandwich...nyum~! nyum~!


siap untuk di bawa ke ofis..~! :)

ni plak kacang sambal... ^__^

Kacang sambal~! YML buat lagi atas permintaan ofismate.. :) enak buat kunyah-kunyah time kerja kan?hehehe~ sorang ofismate perli, ‘lepas ni berhenti kerja, bukak gerai je kat company ni..’ haha~ tu la pelanggan setia + penasihat tak berbayar YML...tiapkali YML bawak makanan dia yang akan jadi tester dan juga complain+comment setiap satu darinya...terima kasih ye sahabat... ^__^


Cream Puff pula...... :) Selamat menjamu mata...hehehe~

Tuesday, 30 October 2012

PDMZ


Assalamualaikum teman-teman... :)

Salam 13 Zulhijjah bersamaan 29 oktober 2012...hari terakhir bagi umat islam menyempurnakan ibadah haji.. =) kita sudah berada di penghujung tahun hijrah...tidak lama lagi akan menjelma tahun 1434 Hijrah...moga kedatangan tahun baru menjadikan kita lebih baik dari semalam dalam mengharungi kehidupan dunia dan menghadapi kehidupan di akhirat kelak...apa azam tahun baru?perlu ke azam tahun baru ni? Terpulang pada pendapat masing-masing... tetapi untuk kita menjadi lebih baik dari semalam, sememangnya setiap hari kita perlukan azam, tekad dan matlamat agar kita sedar tentang tanggungjawab dan peranan kita sesama manusia, makhluk lain dan lebih-lebih lagi pada Maha Pencipta...

Hari ni YML nak share berkenaan dengan Piala Datuk Mohamed Zaini (PDMZ), satu event yang berlangsung di office YML baru-baru ini...apa yang menariknya?haaa~ kalau nak tau YML menjadi sukarelawan untuk buat sedikit jualan pada waktu tersebut... =) tema gerai YML ialah ‘cool’....hheehe~ dan kebanyakan dari produk-produk YML berasaskan homemade... ^__^ walaupun buat benda-benda simple je, tapi pengalaman dan kepuasan apabila orang berpusu-pusu membeli itulah yang lebih berharga dan bermakna bagi YML dan rakan-rakan kongsi..(chewah~)

Haaa...lupa pula..apa yang ada dalam PDMZ ni?actually ia merupakan event tahunan bagi syarikat tempat YML bekerja dimana football tournament dipertandingkan...pelbagai ragam dan kerenah kita dapat lihat masa ni...selain football tournament, mereka yang menonton juga boleh join side event yang berjalan serentak seperti teka gula-gula, dart, paintball, mini golf serta carom..pagi pula kami bersarapan dengan senamrobik~!

Promote~! Promote~!

Ramai nye yang mengerumuni gerai kami... Terima kasih kerana menyokong.. ^__^

double layer dadih..teruja x?hehe~ + jelly kelapa yang menjadi juadah wajib jual.. :)

Aiskrim Malaysia~! perisa Milo, Asam Boi & Laici...berhajat untuk teruskan dimasa-masa akan datang.. :) ada idea perisa lain tak?hehe~

Uih...makan benda-benda sejuk time panas-panas ni....memang syiok laaa~!

Saturday, 29 September 2012

KACANG SAMBAL


Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia....

Kacang sambal.....pun nak post gak??hmm...bolehlah..bolehla...hehehe~ ermm...ada kisah disebalik kacang sambal ni...kisahnya balik dari open house partner YML haritu...ada lebih banyak kacang goreng dengan ikan bilis, yang dimakan bersama nasi lemak...YML apa lagi...mintak sikit lah nak bawak balik...kat kepala tu da terbayang-bayang sedapnya kalau buat kacang sambal kan...selalu kat kampong mak yang buatkan...ni merantau kat tempat orang, cuba jaya je lah nanti...hehe..




esoknye, tengah tengok TV dok teringat kat kacang goreng ni...pegi lah ke dapur, cari bahan-bahan...semua cukup kecuali belacan..hmmm...boleh lah kot...rasanya macam buat sambal tumis jugak...Cuma keringkan lagi sikit je kan...berkata-kata dalam hati dengan konfidennya...hehe~ dengan konfidennya YML tumis bawang merah dengan lada kering je..bawang putih dengan halia ni takde pun takpe kot...sebab guna sikit je..(haha~ buat andaian sendiri) tumis punya tumis, siap letak gula, garam, ajinomoto...terus rasa...eee...tak sedap...ape tah yang kurang...huhu~ memang kena letak belacan ke?aduhh~ jam da dekat pukul 10, kedai apa yang bukak?huh...nak keluar semata-mata nak beli belacan, malasnya....kedai kalau sejengkal takpe jugak~ pastu guna pun besar hujung jari kelingking tu je.... tapi kalau tak letak, rasanya macam nilah kan.. membebel sorang-sorang...nak tak nak tabahkan juga hati keluar cari belacan...

Balik-balik, tumbuk seulas bawang putih, halia dan belacan..semua sama besar...tumis pulak dulu dalam kuali lain...yelah, sambal tadi tu da siap dah..Cuma kene adjust kan...kata nak buat dengan kasih sayang, mana boleh merungut...YML pun dok sedapkan hati, mudah-mudahan lepas ni rasanya seperti yang diharapkan...ermm..siap tumis, gaulkan dengaan sambal tadi, dan rasa....haaa...baru puas hati...rupanya tu lah bahan-bahan wajib dia..jangan pandai-pandai nak kurangkan sifat dia ye cik YML..ingat tuh~ hehe..tunggu sambal kering sket, dan gaul bersama kacang dan ikan bilis tadi...siap~! wah~ dah siap terberi resepi rupanya..hehe~




esoknya, YML bawak g ofis..dapat dalam dua botol mini tu, satu botol lagi bagi pada partner YML..pastu ada lebih lagi sikit, letak dalam 2 plastik...bagi kan pada member satu deparment sepeket, sepeket lagi bagi kat member department sebelah yang kebetulan melawat kitorang...jap lagi bos dia masuk ofis, mintak kacang lagi bagi pihak anak buah dia..hehe...kelakar je..bukan banyak pun buat...tapi nasib baik YML tak abiskan lagi..YML pun bagi la sikit..jamah-jamahkan...seronok kalau kita dapat bagi-bagikan rezeki, orang pula suka dengan apa yang kita buat, bertambah-tambah seronok... ^__^ ada pulak yang request suruh jual kat ofis...hhehe...nanti kalau rajin saya buatkan untuk akak ye.. =) (sebenarnya failed lagi nak goreng kacang, asyik terhangus je..huhu~)

Kisahnya si partner YML ni pulak..habis dia makan sorang-sorang dalam keta on the way nak balik umah dari tempat keje..uissshh~ dahsyat...YML nak abiskan sebotol dari pagi tu pun mengah...dia dalam masa tak sampai setengah jam tuh??haha~ mintak maaf ye cik Aiyu...saya citer pasal awak kat sini... =) bukan mengumpat sebenarnya tapi hati ni girang dan terharu dengan sokongan dari kawan-kawan & opismate... doakan lah agar YML akan sentiasa maju dan selangkah ke hadapan.. :)

Kesiankan korang mesti boring baca entry ni..hehe~ thankz for reading.. =)

Wednesday, 26 September 2012

EGG BENEDICT


Assalamualaikum.... ^__^

Blog ni da jadi macam blog makanan pula...habis tenggelam yang lain...hehe~ takpelah...ni musim teruja nak paparkan segala jenis home made food...pasni kite bagi ruang untuk perkara-perkara selain makanan ye...  :)

YML nak tunjuk satu jenis sarapan yang sangat mudah disediakan.. :) dan berkhasiat...(kot..)hehe..yelah..macam kire macam telur separuh masak dengan roti...nama nya Egg Benedict..haaa~ moh kite lihat resepi yang simple, di ambil dari page Kak Ita Masam Manis...mesti ramai yang kenal dengan blogger famous ni kan? =) blog kak ita lah yang jadi salah satu sumber inspirasi YML sebenarnya... =) Sok pagi-pagi bolehla buat untuk sarapan ye.. ^__^ okeh...check it out....


1 biji telur 
1 keping roti putih
lada hitam 
Sedikit butter atau majerin 
Garam 
lada putih (ikut citarasa masing-masing)


Butterkan bekas muffin atau bekas membakar kecil yg digunakan. 
Letakkan sekeping roti didalam bekas muffin. 
Butterkan roti, taburkan sedikit lada hitam dan garam.
Pecahkan sebiji telur ke atas roti. 
Tabur lagi sedikit lada hitam & garam. 
Boleh juga ditaburkan sedikit cheese kalau mahu
Bakar pada suhu 180 C selama 15-20min atau hingga telur putih just set & telur kuning cair sedikit.
Sedia untuk di nikmati...

mudahkan? cubalah.. ^__^