Showing posts with label COOKIES. Show all posts
Showing posts with label COOKIES. Show all posts

Saturday, 16 February 2013

HADIAH BUAT PENGANTIN


Hello hello hello...~! YML in da house.. J da makan? Breakfast? Lunch? Dinner? Hehehe~ Raya Cina baru-baru ni YML ada kat kampung...hari-hari dpt makan besar... ^__^ (motippp? teringat makanan kat kampung..uhhuhu~) hari ni YML nak tayang sikit hasil tangan YML sepanjang menyepinya YML di alam maya.. J

yang ni YML jamahkan untuk ofismate YML.. ^__^

Nyum~ Nyum~
YML mendapat tempahan apam cornetto dari sahabat yang berada di Perak..wah...teruja YML pada mulanya...tapi, selepas beberapa ketika, YML terpikir, macamane YML nak hantar ke sana.. Pos ke? Boleh ke? Kalau hancur macamane?huhu~ selepas mendapat nasihat dan kepercayaan dari sahabat YML tu, YML pun cuba guna pos laju..untuk pengetahuan, sahabat YML ni merupakan usahawan felt craft.. J beliau juga menggunakan perkhidmatan secara pos dan juga bisnes secara online.. kalau berminat bolehlah lihat hasil tangan beliau di page Fafa Craft.. J 

Pembungkusan untuk cik fafacraft..a.k.a Aifa.. :)

Peringatan : untuk pos kene letak ngam-ngam supaya apam-apam ni duduk molek-molek dalam bekas ni...tak bergerak..dan mengelakkan dari pecah..

Dalam pada YML menyiapkan tempahan fafacraft, YML dapat dua jemputan kahwin pada hujung minggu tersebut..Azri & pasangan, serta Erni & pasangan.. dua hari selepas tu pulak, YML jumpa dengan incik pengantin, Usman & pasangan yang berbulan madu di Melaka..YML tak sempat datang wedding beliau di JB..incik Usman tunjukkan isterinya pada kami...sweet je diorang nih.. :) pening memikirkan hadiah untuk mereka, YML decide untuk bagi mereka rasa hasil tangan YML ni.. ^__^ buat semua sahabat YML, moga korang bahagia hingga hujung nyawa.. (bahang drama Setia Hujung Nyawa masih terasa..hee~)


..Untuk pengantin-pengantin.. ^__^
Masa tu jugak, kakak-kakak staf Area Office Kota Tinggi tempah Chocolate Chip Cookies dari YML...mengidam katanya...hehehe~ demi kakak-kakak ku tersayang, YML tetap usahakan untuk penuhi permintaan mereka...terima kasih kak Ida & kak Marinah.. ^__^



Jumpa lagi...~! ^__^
YML Miera..

Tuesday, 25 September 2012

TART


Assalamualakum & Salam keceriaan... ^__^

Tema post kali ni berkenaan dengan tart...hehe...kat bawah ni semua tart-tart yang telah dimodenkan dengan pelbagai versi dan cara...sangat meriah dan menarik...sedap pula tu... :) bukan la puji diri sendiri, tapi gabungan bahan-bahan yang digunakan buat tart ni rasa sedap...pandai betul pencipta resepi ni kan?hehe~ jom kita teroka...



Blueberry Cheese Tart.....pasti ramai yang suka dengan kuih ni kan?YML ada juga ambil tempahan untuk cookies ni...berminat? RM18 untuk 25 biji...ok?hehe...boleh dibuat pelbagai perisa mengikut permintaan...antaranya strawberry, coklat dan blueberry...


Yang ni namanya FruitTart...comelkan?setakat ni buah-buah yang YML gunakan ialah buat anggur, strawberry, ceri hijau dan juga limau...dek kerana pelbagai variasi buah-buah yang berkhasiat ni, ianya digemari ramai...YML pernah masuk pertandingan peringkat JKR Daerah Mersing untuk cookies ni...dapat tempat ketiga.. :) untuk tempahan, RM22 untuk 25biji...buah-buah juga boleh diubah mengikut permintaan...



Lagi satu, namanya Portuguese Egg Tart...haa..kelas gitu...hehe..yang ni YML saje-saje je buat untuk isi masa lapang dan mencabar diri sendiri...alhamdulillah...jadi juga...harga?belum terfikir lagilah...hehe~ ada yang berminat ke?cer try buat sendiri...senang je.. ^_^ search je resepi kat internet..pastu try..hehe...ermmmm....kita cuci mata je lah ye... =)


Thursday, 9 August 2012

TEMPAHAN RAYA 2012

Tadaaa~






Entri kali ini, YML ingin memaparkan sebahagian tempahan2 daripada customer sekitar Johor & Melaka.. Sebahagian lagi telah pun diedarkan kepada customer manakala yang lain still in progress.. =) terima kasih kerana sudi membuat tempahan dgn kami.. =) untuk pengetahuan readers, homemade cookies telah pun dijalankan secara offline sejak tahun 2002 lagi kalau xsilap perhitungan...mase tu YML baru je form4..hehe~ jadi cookies ini adalah warisan turun temurun dan YML meneruskan legasi keluarga.. tempahan bermula dari sanak saudara dan kenalan rapat...Alhamdulillah setiap tahun tempahan amat menggalakkan sehingga tak menang tangan..  walaupun YML masih belajar ketika itu, YML cuba juga sedaya upaya membantu ibu menyiapkan tempahan..sekarang YML cuba untuk mengembangkan bisnes sepanjang tahun..jadi bolehlah buat tempahan untuk majlis bertunang, kenduri kahwin, hantaran serta majlis2 lain.. ^__^

Tuesday, 31 July 2012

COOKIES PROMOTION

Assalamualaikum & Salam 12 Ramadhan..


Hye semua.. :) diharap semua masih lagi bertenaga & bersemangat untuk melaksanakan ibadah puasa & solat terawih... ^__^ erm..kali ini kami ingin menyiarkan antara cookies2 yang femes dan sentiasa mendapat permintaan yang tinggi, lebih2 lagi ketika menjelang musim perayaan..tempahan masih dibuka jika berminat.. :) 

Untuk makluman, produk kami boleh didapati secara terus di daerah Mersing, Johor dan juga di Melaka Tengah, Melaka. Sesiapa yang berminat untuk dapatkan sampel percuma bolehlah hubungi kami.. =) tapi tawaran ini hanya terbuka kepada mereka yang tinggal dikawasan berhampiran sahaja...hehe~ dan untuk makluman juga, kami menerima tempahan sepanjang tahun... :) bukan saja untuk hari raya, malah untuk majlis, kenduri, hantaran, gift dan sebagainya...kami boleh menghias mengikut permintaan pelanggan dengan harga yang dipersetujui...moga ketemu lagi~! ^__^