Saturday 22 September 2012

TIPS BUAT APAM


Assalamualaikum.... :)

Bismillahirrahmanirrahim.... ^__^

Tengok blog kawan-kawan...setiap kali post, mesti bagi salam...bukan susah pun kan...so, hari ni YML nak cuba amalkan lah... =)



Hari ni YML nak share sikit berkenaan perkara yang perlu kita ambilkira masa buat apam...kesinambungan dari kisah ‘Apam Cornetto’.. :) harap ia dapat jadi tips yang berguna untuk kawan-kawan diluar sana yang teringin berjinak-jinak dengan pembuatan apam ni...hehe~ boleh juga di aplikasikan dalam apam mekar, apam dotdot dan segala jenis apam rasanya, bergantung pada bahan-bahan yang kita gunakan..mari kita lihat...:-
  1. Masa pertama kali buat, kita sukat betul-betul bahan-bahan ikut resepi daripada mana-mana sumber....lepas tu, bila da siap, kita rasa, then kita boleh adjust ikut citarasa.. =) nak kurang manis ke, nak lagi lembut ke, dan sebagainya...

  2. Sukatan tepung perlu dititikberatkan, kerana bila terlebih tepung, apam kita akan jadi keras..hasil pukulan pun penting...perlu pukul sampai betul-betul kembang untuk menghasilkan apam yang gebu... :)

  3. Bagi resepi yang menggunakan aiskrim soda, perlu diingat bahawa kembang apam akan bergantung pada kandungan gas yang terdapat dalam aiskrim soda..jadi kalau kita guna aiskrim soda yang dah lama terbuka, kebarangkalian untuk dia tidak kembang adalah tinggi..

  4. Jangan lupa letak tepung~! Hehe~ YML pernah wat sebelum ni, dalam banyak-banyak bahan, tepung yang YML lupa letak...sudahnya masa tengah kukus kandungan nya mencair dan turun dari dalam kon apam cornetto tu..
  5. Untuk buat acuan apam cornetto, pastikan ia mudah dibuka selepas di kukus..ini bagi memastikan hujung aiskrim tu xpatah mase proses pembukaan..lagi satu, pastikan bawah kon tu tidak bocor, atau disaletipkan supaya isinya tidak mencair dan turun ke dalam kukus..
  6. Letak apam tiga suku atau separuh je sebab biasanya apam ni akan mengembang.. :)
  7. Untuk buat apam aiskrim dan apam dotdot, api kecik je...nanti kalau besar, apam akan jadi apam mekar..hehehe~
  8. Balut penutup kukus dengan tuala atau kain bersih supaya air wap tidak menitis atas apam kita...ia boleh merosakkan apam nanti..


sekian...kalau ada lagi tips boleh la share dengan YML ye... ^__^

No comments:

Post a Comment