Showing posts with label HISTORY. Show all posts
Showing posts with label HISTORY. Show all posts

Saturday, 15 December 2012

LOGO YML

Assalamualaikum....

Untuk post kali ni, YML nak bercerita khusus berkenaan logo YML.. :) ianya sebagai penghargaan buat housemate YML yang kreatif+comel! ^__^ dalam kesibukan dengan kerjaya serta part time master, sempat juga meluangkan masa melayan kerenah YML..jom kita tengok hasil kerja beliau.. :)




Draft pertama logo YML...ada tiga pilihan...YML minta draf kan, logo yang simple but nice..and comel-comel gitu..tak nak lah skema sangat..hehe~ so, inilah hasilnya... :) comel kan tulisan biskut tu...macam nak makan je biskut tu..hehehe~ 

Tanpa diminta, cik osmet juga turut draf kad nama untuk kami... :)



Bagi tunjuk muka depan je..hehe...

Setelah berdiskusi dengan cik partner...kami inginkan tema pink+purple..saya jatuh hati dengan tulisannya...tapi untuk buat logo, macam panjang sangat kan nanti...so, kami minta simple kan tulisan nya..tapi still suka dengan style biskut & jahit pada love tu..tak lama selepas itu, ada 5 draft logo yang mengikut citarasa kami tu...rambang mata kami dibuatnya..

Bincang-bincang, kami buat keputusan untuk ambil logo sepertimana sekarang.. :) kami juga minta penambahan tulisan biskut+bunga-bunga tu untuk dibuat bersama warna tema kami..maka terhasillah begini :-


Tulisan 'Cookies Craft' tu extra kami dapat.. :) thanks ye cik osmet atas kerjasama anda...sangat puashati.. ^__^ kalau ada readers yang berminat nak mendapatkan  khidmat beliau, boleh lah cuba contact beliau di blog ini...juga boleh contact FB beliau.. :) untuk pengetahuan, beliau baru saja berjinak-jinak dengan bisnes online..dress & skirt..hehe~

Thank you for reading..
YML MieRa...

Sunday, 21 October 2012

HAPPY BIRTHDAY AIYUE~!

Assalamualaikum...

post ni ditujukan khas buat partner YML cookies & crafts, SITI AYU LIYANA bt HARON, sempena hari lahirnya pada 16 Oktober baru-baru ni.. :) Happy Birthday AiYUE...moga kebahagiaan dan keredhaan ALLAH sentiasa bersama mu...moga persahabatan kita kekal dunia & akhirat...moga hari ni lebih baik dari semalam...dan esok lebih baik dari hari ni...



tak sempat nak buat suprise kat dia tau...kebetulan hari yang sama nak buat cermin mata YML yang dah rosak..tengah-tengah prepare deco kek dia, dia call ajak buat cermin mata..haru biru lah deco kek nya..hehe~ jom tengok apa yang sempat disiapkan.. :)


Kek Lapis Kukus Cream Cheese...Cheese da tak nampak sebab saje tambah topping coklat+choc chip ^__^ abis comot2 lama kek ditinggalkan dalam kereta..hehe~



.....aiYUEMIEra.....
ni je hiasan untuk kek yang paling kreatif mampu dibuat...hahaha~

hajat hati nak pacak-pacak kan ni atas kek..almaklumlah tak reti nak men'deco' kek kan..jadi guna kertas je~ ahahaha...xsempat nak gam kt lidi & pacak kat kek...tapi takpelah...janji hajat saya nak siapkan kek untuk dia tercapai...Alhamdulillah... :) 

sekali lagi selamat ulangtahun AiYUE... :)

Friday, 3 August 2012

DISEBALIK NAMA


Selamat bersantai pada semua readers di luar sana... ^_^ 
kali ini, kami ingin share disebalik nama ‘YUEMIELYCIOUS. Yuemielycious berasal dari perkataan yummylicious, gabungan daripada 2 perkataan, yummy+delicious. Ia merupakan satu perkataan yang menggambarkan keenakan dan juga sesuatu yang menarik. Macam YML kan suka benda2 comel...hehehe~ Untuk lebih lanjut boleh lihat disini.. :) UrbanDictionary

YUEMIELYCIOUS juga adalah merupakan gabungan nama kami berdua, iaitu
 aiYUE & MIEra + licious yang ditukar ejaan...hehehe~ maka terhasil lah YUEMIELYCIOUS... :) kami akan gunakan singkatan YML dalam entry yang akan datang..YML baru je berjinak-jinak dengan dunia blogging sebenarnya...harap readers2 dapat membantuYML dalam dunia blogging ni... ^__^

Sunday, 22 July 2012

PERMULAAN KAMI



Selamat datang diucapkan kepada semua pengunjung perniagaan online kami. YUEMIELYCIOUS mula beroperasi secara rasmi pada Jun 2012. Sebelum ini kami hanya menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan melalui tempahan kenalan terdekat sahaja. Kini, kepakaran kami adalah membekal pelbagai pilihan barangan felt craf dan cookies yang rangup dan sedap di makan begitu sahaja.  Kami juga menawarkan servis yang pantas pada harga yang sangat berpatutan.

Setiap pelanggan berpeluang untuk mendapat GIFT istimewa dari kami dengan setiap pembelian RM50 ke atas.

Jika ada sebarang masalah jangan malu-malu untuk HUBUNGI KAMI

No. Telefon:
012-6847233 aiYUE
017-7262529 MIEra 



Email: yuemielycious@gmail.com
boleh juga kunjungi kedai yang turut mengedarkan produk kami:
No18 Melaka Sentral, bahagian Domestik 

 (ALIAHRUN ENTERPRISE)