Showing posts with label CRAFTS. Show all posts
Showing posts with label CRAFTS. Show all posts

Friday, 22 February 2013

LATA ULU CHEPOR, PERAK


Lama cerita pasal Perak ni terperap...tapi tak kire..nak jugak cerita...apa yang best?banyak sangat best.. :) korang nak tau tak? tak nak? hoho~ tak kisah la ape pun...nak share jugak...mungkin ada kebaikan dan manfaat pada yang lain kan.. ^__^

First thing, kembara pertama kami berdua, Aiyue & Miera berjalan jauh-jauh berdua je..drive lagi..~! paling hebat cik aiyue laa...sebab dia drive dari day 1st hingga balik..me?bagi moral support je..okeh?hehe~ family kami berdua berat nak melepaskan kami, (almaklumlah, anak dara..berjalan jauh..berdua je plak tu..lepas tu drive sendiri, dan tak tau jalan, a.k.a tak pernah sampai sana...~! mak mana yang tak risau?) tapi setelah dipujuk dengan baik, lepas juga kami dari sangkar emas dengan jayanya...hehehe~


Sesampai je kami di Perak, YML di sambut oleh sahabat lama, Aifa.. setelah hampir 4 tahun tidak berjumpa..YML di bawa ke rumah sewa beliau...terkesima melihat keadaan rumah beliau yang sangat cantik, dilengkapi perabot penuh seperti rumah family~! yang lagi membuatkan kami teruja adalah susunan almari yang penuh dengan barang-barang craft! hilang penat lelah sepanjang perjalanan dan pelbagai soalan bertalu-talu dilontarkan pada empunya diri..hehehe~ kecoh jadinya..yelah, kiter ni baru je bekerja kan..baru nak bernafas di dunia penuh pancaroba ini (wahh~! ayat kau....) ..tengok kawan-kawan macam tu, dah kira berjaya lah tu..bilik siap aircond tau! haa~ duduk sorang-sorang je sewa rumah tu..family beliau jauh di Kluang, Johor. Serius YML sangat teruja & kagum (macam katak baru keluar dari bawah tempurung lagaknya..hahaha) ...pandai beliau mengurus diri dan kewangan walaupun jauh merantau...banyak tips-tips berguna, kata-kata motivasi dan ayat pembakar semangat yang dilontarkan..InsyaALLAH YML ingat lagi sampai sekarang.. :) beliau juga antara salah seorang part time crafter..walaupun minat dan bidang YML sama, beliau sedikit pun tidak lokek berkongsi ilmu.. ^__^



Ruang tamu...penuh dengan crafts material & tools...juga buku-buku rujukan berkaitan crafts...cukup menunjukkan cintanya terhadap dunia crafts.. :)
Buahtangan dari orang Perak...handmade tau~! tu yang buat dia mahal + berharga tu.. :)
Hari Sabtu, pagi-pagi lagi kami da bangun...teruja nak mandi-manda~! (takde dalam plan tau..hehe~) orang Perak nak bawak jalan-jalan, giler taknak?hehehe~ 
Destinasi: Lata Ulu Chepor....



Apa yang menariknya di LATA ULU CHEPOR ni? okay jom kita lihat sedikit latar belakang nya..Ulu Chepor terletak di Bandaraya Ipoh, Negeri Perak Darul Ridzuan. Disini terletaknya Hutan Simpan Kledang Siong. Terdapat gunung peninjau yang sangat menarik untuk didaki di kawasan ini. 

Alam semulajadi yang dihamparkan begitu mengasyikkan dan pastinya anda teruja dengan deringan unggas dan hempasan air terjun yang mempersonakan.  Disini terdapat lebih 100 jenis spesis Flora dan pelbagai fauna yang boleh kita terokai. Ulu chepor adalah salah satu tempat rekreasi yang masih lagi terpelihara. Kejadian alam semulajadinya memang amat menakjubkan.

Kawasan ini merupakan Hutan Simpan Kekal bagi kerajaan negeri Perak. Bermakna, tidak akan ada pembangunan dan pastinya menjadi tugas kita untuk memelihara alam semulajadi yang indah ini agar tidak dicemari dan dapat terus dinikmati di masa-masa akan datang...



Kami datang sana pagi-pagi...masih berkabus...belum ada orang datang tau!...indahnya dunia.....kagum~! sangat mendamaikan...Subhanallah... :)

 
Percubaan mengambil gambar dalam air oleh Aifa.. ^__^ sukanya dengan kamera dia!

Korang pernah tengok puteri bersiram? nak tengok? 

ni la dia....jumpa masa kat Lata Ulu Chepor... (takyah nak poyo sangat eh~!)
Lagi gambar dalam air.... ^__^ heavennya~!
Nampak muka suci kan?hahaha~ padahal...separuh nyawa nak amik pic ni...
(kenapa susah nak tahan nafas dalam air ni?huhu~)




Gambar-gambar dua keping di atas ni diambil oleh YML Aiyue.. :) untunglah sayer dikelilingi dengan insan-insan yang berbakat besar dalam dunia seni.. ^__^


Sekiranya ada ruang waktu, dan ingin tempat yang menenangkan dan mendamaikan, 
Lata Ulu Chepor antaranya.. :)



Balik dari mandi manda, kami ke wedding ERNI~! :) tunggu cerita ni dalam next post ye.. ^__^

Monday, 24 December 2012

CORSAGES for WEDDING

Assalamualaikum wbt..

hehehe~ dah berhabuk dah page craft YML ni kan..Nak kene berleter, diperas ugut baru laahh page crafts bergerak..hahaha~maaf ye korang.. T__T

cik MIE : Agaknya nanti smpi dah bersalin pengantin tu baru nak up pic  corsage dia tu ye..:p
cik YUE :Haaa~ yelar3..malas nak tunggu upload pic lelama laar..(adeh!! malassss nya sayaaaaa)

Haa~ Disember 2012.. Hujung tahun bagi 2012..sekejap je masa berlalu kan..Biasa nya dikaitkan dengan musim tengkujuh..musim hujan..tapi yg paling "fofular" musim mengawan..hahahah~ (bergurau je) Cuti sekolah ni memang sinonim dengan musim perkahwinan lar kan..TAHNIAH!! buat sahabat-sahabat YML  yang baru sahaja menamatkan zaman bujang..macam tak percaya je..kawan-kawan zaman selekeh bersama dulu..dah jadi isteri dan suami orang dah ye! hehe~(ada yg terus bunting pelamin tau~tahniah double,triple for u'ols..)

Kepada semua pengantin baru..semoga kekal bahagia dan tabah mengharungi dugaan demi  mempertahankan hubungan yang telah dibina hingga hujung nyawa..cewahh! Disini YML titipkan doa & restu buat semua..insyaALLAH ;)


Entry kali nie  pasal corsage a.k.a bunge kendarat..YML  dapat tempahan untuk weds bulan september lepas..(lama giler dah..heheh~:p) uhhh! jenuh juga tau nk siap kan 200pcs corsage untuk memenuhi permintaan sahabat YML ni (Nurain Talib) ..tak tidur malam dibuatnya..(yeke~) sampai menjahit tyme lunch kt ofis..hahaha~ 

okey lahh..korang leh tengok la hasil kerja tangan  YML yang seberapa nak halus tu ye.. >_^ lalalala~ sedia menerima tempahan mangikut cita rasa dan warna tema pilihan anda.. :)



Corsage in progress.. completed! :D

Hampir ke finishing..

Dah siap untuk di packing kan.. :)

horeyyy!! siapp..untuk dihantar kepada pelanggan ;)




Buat kamu puan aiendThanks very mery muchh! sbb bagi kepercayaan kat  YML untuk memberi sedikit sumbangan dihari bahagia kamu.. Maaflah sekiranya hasilnya kurang memuaskan hati..hehehe~Yelar kan..sebagai ganti.. YML xdpt nk hadir ke wedding aiend sbb kebetulan ada dua majlis serentak..both groom adalah BFF  YML .so terpaksa lah belah badan ni jadi dua..hahah~ Semoga persahabatan kita pun kekal hingga ke syurga lah ye.. BFF ;) 
Turut sertakan pic weds mereka untuk tatapan readers YML..lalalala~ <3




Thank you for reading~!
YML AiYue..

Sunday, 7 October 2012

BROOCH

BROOCH (Ready made) 

1. RM3 (4pcs RM10)
Polka dot Ribbon

Colorful Ribbon


Roselle Kids
Roselle Corak
Daisy
Double layer cotton


2. RM4 (3pcs RM10)

Polka dot comel

Strip comel

YML AiYue..