Showing posts with label INFO. Show all posts
Showing posts with label INFO. Show all posts

Sunday, 10 February 2013

DONAT & INTERNAL QUALITY AUDIT


Assalamualaikum...

Hye readers… :) apa khabar?harap sentiasa dikurniakan kesihatan dalam menempuh hari-hari mendatang.. Happy Chinese New Year.. ^__^

Lamanya YML tidak menulis…apakah yang berlaku sebenarnya?huhuhu~  YML sedang melalui proses penyesuaian diri dengan jadual kerja yang baru...di tempat kerja YML, tanggungjawab YML telah bertambah, YML sekarang melakukan kerja-kerja audit kualiti (dalaman) ataupun internal quality audit (IQA)...apa tugas-tugas IQA ni?

IQA ini merupakan salah satu keperluan bagi syarikat-syarikat yang mendapat pengiktirafan daripada sistem pengurusan kualiti ISO 9001:2000...tujuannya adalah untuk mengawal kualiti barangan dan perkhidmatan agar dapat memenuhi kepuasan pelanggan..skop kerja YML lebih kepada audit kerja-kerja di tapak.. pada dua minggu pertama setiap bulan, YML akan ke dua pejabat kawasan terpilih untuk melaksanakan kerja-kerja audit nih..haha...cakap macam bagus je kan?tau x kerja-kerja audit ni lebih kepada kerja-kerja menilai sebenarnya...wah~ umur baru setahun jagung da pepandai nak menilai kan?hehehe~ ini lah yang dinamakan cabaran...YML dan kengkawan diberi masa 6 bulan untuk master dalam bidang neh..huhuhu...bayangkan ler budak-budak junior, muda-muda macam kami ni, pergi tempat orang, then membuat penilaian prestasi kerja orang-orang yang lebih senior dari kita...menyampah x?haa..itu cabaran kedua yang YML kene lalui..apa-apa pun ia menjadi seronok kerana YML banyak belajar dari sini.. :)

Dek kerana outstation memanjang, memang kurangla masa di alam maya ni kan....YML masih lagi belajar urus masa, urus kewangan...lagi banyak benda yang YML nak tau, lagi banyak benda yang YML tak tau...kadang-kadang, kita rasa kita sangat sibuk...tapi sebenarnya kita yang tak manage masa kita dengan betul..YML nak bagi 1 tips untuk mengurus masa dengan baik, korang list kan semua kerja yang korang nak setelkan atau nak buat pada hari tersebut..then, korang pilih mana kerja yang paling utama diikuti dengan kerja-kerja seterusnya...da siap buat 1 kerja, tandakan..nah...hasilnya takdelah kerja-kerja yang kita terlepas pandang dan juga takdelah kita blur-blur nak buat kerja yang mana dulu..betul tak?selamat mencuba.. :)

Sebelum entry ni berakhir, jom kita layan kuih donut yang YML baru belajar buat pada bulan November tahun lalu..(dah lama baru ko nak upload kan..) dek kerana buat lubang donat yang tak tentu arah, YML terus buat bentuk bulat, pastu cucuk kat stick..kreatif tak?haha, perasan..jom layan..




Tester merangkap opismate YML ada komen, "rasa sedap, lembut, tapi bersegi.." bersegi?apakah? setelah diamati, baru YML faham..rupanya yang dimaksudkan ada bahagian donat ni yang garing..yelah..biasanya dia bulat lembut je kan..korang nampak tak di balik gula tu bentuk dia tak rata bulat?haaa...illusi mata namanya..hahaha~ next time cuba lagi ye YML... ^__^

Thank you..
YML MieRa..

Friday, 25 January 2013

SEJARAH MAULIDUR RASUL

Salam Maulidur Rasul buat semua pembaca di luar sana.. sempena hari yang mulia ini, mari -sama-sama kita menghayati perjuangan baginda s.a.w, merenung sifat dan akhlak Rasulullah, pada masa yang sama berusaha mengikuti segala akhlak dan ajaran Nabi Muhammad SAW..

Nak tau dari mana asalnya sambutan Maulidur rasul?


Umumnya, semua maklum di zaman Rasulullah dan para sahabat, tiada sambutan maulud nabi..Pada zaman awal Islam belum ada keperluan untuk mereka menyambut hari kelahiran kerana mereka tidak mahu memikirkan usia mereka. Mereka juga tiada keperluan untuk menyambut hari kelahiran Rasulullah kerana setiap hari mereka boleh bertemu Rasulullah terutama apabila berasa rindu. Mereka ini meskipun tiada berkesempatan untuk bertemu Rasulullah, sekurang-kurangnya selawat akan meniti pada bibir mereka.

Tetapi pada zaman tabi’in, umat Islam sudah berselerakan ke seluruh dunia dan dalam keadaan itu mereka semakin jauh dengan Makkah dan Madinah. Tidak dinafikan, sebahagian mereka lupa untuk mengamalkan Islam lantaran semakin jauh daripada roh ajaran dan perjuangan Rasulullah. Mujurlah ulama masih ada lalu mengambil inisiatif untuk membimbing orang ramai ke jalan benar.

Di sinilah bermulanya sambutan Maulidur Rasul dalam sejarah Islam.

Hari itu dipilih bukan semata-mata untuk sambutan hari lahir tetapi satu taktik untuk mengumpul orang bagi memperdengarkan kisah Rasulullah SAW yang semakin dilupakan. Semoga umat boleh kembali kepada ajaran Rasulullah seperti zaman sahabat dahulu.

Berdasarkan sejarah itu, maka sambutan Maulidur Rasul yang dilaksanakan pada hari ini seharusnya bukan semata-mata untuk meraikan hari kelahiran Rasul. Itu bukanlah matlamat asal sambutan tetapi lebih kepada usaha mengingatkan kembali umat Islam kepada Rasulullah SAW dan perjuangannya.

Yang penting semua itu boleh menyedarkan umat Islam kepada mengingati perjuangan Rasulullah. Dengan acara tersebut tidak timbul isu bidaah seperti yang selalu kita dengar dakwaannya pada hari ini kerana semua aktiviti itu pernah berlaku pada zaman Rasulullah SAW dan baginda tidak pula melarangnya.

Sumber : Laman Kongsi & mynewshub

Sempena sambutan Maulidur Rasul ini juga, YML mendapat tempahan daripada ofismate, untuk membuat apam cornetto sebanyak 70 batang, yang dibuat di surau tempat beliau tinggal..YML tak sempat nak bungkus cantik-cantik untuk apam ni..cuma susun dalam bekas tu je..maaf ye..harap Aisyah berpuashati dengan tak serik buat tempahan daripada YML.. :) YML sedikit ralat kerana YML cuba untuk melembutkan apam cornetto tersebut, namun pembaziran berlaku tatkala membuka dari acuan..hhuhu~ banyak apam melekat pada acuan...takpe2..next time YML akan cuba yang terbaik.. ^__^











Jom kita hayati lirik selawat beserta maksudnya.. :)

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد                Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ                           Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد                Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ                           Selawat salam dipohon lagi

يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ                               Wahai Nabi salam atasmu
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ                        Wahai Rasul, salam atasmu
يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ                      Wahai kekasih, salam atasmu
صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ                                   Selawat Allah ke atasmu

أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا                           Bulan purnama menyinari kita
فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ                                       Hilang segala cahaya
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا                 Indah menawan tak pernah dilihat
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ                   Wajah gembira sepanjang hayat

أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ                      Kaulah matahari, kaulah bulan
أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ                 Kaulah cahaya mengatasi cahaya
أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي                               Kaulah rahsia hidup mulia
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ                                  Kaulah menyuluhi jiwa

يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد                     Wahai kekasihku, ya Muhammad
يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ                  Wahai pendamping indah sejagat
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ                                  Wahai Nabi dijulang dipuja
يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ                                               Wahai imam 2 kiblat

مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد    Bahagialah orang memandang wajahmu
يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ                         Wahai penghulu keturunan mulia
حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد                            Kolam airmu sejuk jernih
وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ                       Kunjungi kami pada hari akhirat

مَا رَأَيْنَا الْعِيْسَ حَنَّتْ                     Sepanjang malam unta berjalan
بِالسُّرَى إِلاَّ إِلَيْكَ                                  Tiada berhenti rindukanmu
وَالْغَمَامَةْ قَدْ اَظَلَّتْ                            Engkau dipayungi awan putih
وَالْمَلاَ صَلُّوْا عَلَيْكَ                        Dan Malaikat sama berselawat

عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى                              Allah mengetahui rahsia sulit
مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ                         Dialah menyahut semua seruan
رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا                         Wahai Tuhan Rahmatilah kami
بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ                            Dengan segala amalan soleh

وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد             Selawat Allah ke atas Muhammad
عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ                         Sebanyak baris kertas ditulis
أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد                  Ahmad Muhammad petunjuk jalan
صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ               Empunya wajah berseri menawan

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد              Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ                         Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد              Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ                         Selawat salam dipohon lagi

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْهِ      Wahai Tuhan, selawat dan salam 
                                                        dan keberkatan atasnya
Sumber : Arnamee

Sunday, 21 October 2012

AIDILADHA

Assalamualaikum...

hye readers...~! macam lama sangat tak post kat blog ni kan?cik2 YML busy sikit lately ni..huhu~ sedar tak sedar, kita dah pun melangkah masuk ke bulan Zulhijjah..bulan terakhir dalam kalendar islam..bulan di mana umat islam mengerjakan ibadah haji dan qurban...juga bulan di mana umat islam merayakan hari raya Aidiladha..sempena bulan yang mulia ini, mari kita bersama-sama menghayati peristiwa-peristiwa penting dalam bulan ini.. ^__^


Hari raya Aidiladha merupakan salah satu dari hari kebesaran dan perayaan bagi seluruh umat Islam. Anas bin Malik r.a berkata: Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda:


Aidiladha juga diberi gelaran sebagai hari raya haji kerana ia diraikan ketika umat Islam mengerjakan salah satu dari amal ibadah yang termasuk di dalam rukun Islam yang lima, iaitu ibadah haji.
Di samping itu, Aidiladha juga dikenali sebagai hari raya qurban (bukan korban yer..qurban makna lain, korban lain jadi qurban lebih sesuai iaitu mendekatkan diri kepada Allah) kerana antara syiar semasa merayakannya adalah mengorbankan haiwan seperti unta, lembu, kambing dan biri-biri.

Ibadah qurban dilakukan sempena memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail a.s kerana taat kepada perintah ALLAH. Namun, berkat kesabaran serta ketaatan kedua-dua ayah dan anak ini maka ALLAH telah menggantikannya dengan seekor binatang ketika Nabi Ibrahim sudah bersedia menyembelih anaknya itu.

Peristiwa ini telah dirakamkan oleh ALLAH sebagaimana firman ALLAH S.W.T:


Rentetan dari peristiwa ini, saban tahun ketika merayakan hari raya Aidiladha maka umat Islam menyembelih binatang-bintang korban lalu mengagih-agihkannya kepada golongan yang kurang bernasib-baik seperti orang miskin, anak yatim, orang Islam yang sedang ditimpa musibah dan lain-lain lagi.

dibawah pula sedikit sebanyak tarikh-tarikh penting bagi mereka yang melakukan ibadah haji....


Marilah sama-sama kita tingkatkan ibadah di bulan baik ini....juga jangan lupa untuk fikirkan azam-azam sempena tahun baru hijrah nanti.. :) salam Aidiladha buat semua~!


Wednesday, 19 September 2012

PENGALAMAN INTERVIEW SPA



Assalamualaikum... :) hmm...rasa-rasanya sekarang masih lagi dalam musim temuduga kerja kerajaan kan?harap-harap YML belum terlambat untuk share pengalaman YML mase interview baru-baru ni...mana tau tup-tup soalan sama ke?hehehe~ tapi YML takdelah kena soalan yang pelik-pelik..masa interview pun tak lama..dalam 15 minit macam tu..


Bermula di awal pagi YML sampai di Menara Ansar JB dalam 7.30 pagi..terserempak dengan member masa join program SL1M dulu...kurang sikit rasa dupdapdupdap kat hati neh~! Hehe...nak dijadikan cerita, kami pun cari-cari lah tempat yang dimaksudkan...sesampai je di pusat temuduga, terus mendaftarkan diri..jam menunjukkan pukul 7.50 danYML adalah orang ke14..huhuhu~ giler lama nak tunggu neh~ ada dua bilik temuduga disediakan dan 1 bilik ada 20 orang candidate..itu baru je hari tu..difahamkan ada lebih kurang seminggu temuduga untuk jawatan tersebut dijalankan di negeri Johor sahaja, belum masuk negeri-negeri lain...haaa...bayangkan betapa sengitnya persaingan... huhuhu~ dari sumber yang tak sure sahih ke tak, ada 1000 candidate semuanya dan hanya perlu 70 orang sahaja...7% je tau~! Haaa~ tapiYML tawakal je lah..ambil ia sebagai pengalaman, tidaklah terlalu berharap, (tapi berharap jugak) Cuma mohon doa agar keputusan temuduga samada positif atau negatif nanti adalah takdir yang terbaik buat YML... ^__^


Abis je daftar tunggu la turn memasing...sesambil tu urusetia tolong cek kan sensorang punya fail...baguskan?(da memang keje dia)...hehe~ kami-kami pun dok usha lepas sorang,sorang mereka yang keluar dari bilik interview..soalan tak dapat dijangka...hoho~ semua lain-lain...dan average dalam 15-20 minit la kat dalam bilik tuh...

tunggu punya tunggu, sampai turn YML..(mak aihh~ 12.15pm!) ada 2 orang penemuduga, kedua-duanya lelaki...masuk-masuk disambut dengan senyuman... :) berikut adalah antara dialog kami:-

  • sila perkenalkan diri...

haa...time ni bantai la cukup-cukup...tapi jangan sampai over lak..hehe~ just cerita sikit pasal background diri, family, pendidikan dan juga pengalaman kerja...cukup...

  • next question,apa persediaan anda untuk hadir temuduga ni?

Emmm...takdelah persediaan sangat...tawakal je kot...(haha, konfiden je jawab kan...yelah..kang cakap dok study bagai nak rak tetiber dia tanya tak dapat jawab?pada muka kau~hehehe..walhal macam tak cukup kakitangan dok cari sebanyak mungkin soalan-soalan spot..)

  • Eyh, tak kan lah takde persediaan langsung?

Adalah sikit-sikit......senyum... =)  (takyah lah tanya apa yang aku baca, takde apa dah dalam kepala skang ni..neves kot~!)

  • Okay, pada pendapat kamu, apa yang seorang ________(jawatan yang dipohon) perlu ada/tau selain dari kemahiran dalam bidang ini?

Emm...sikap yang perlu ada selain dari kemahiran teknikal?(aku tanya balik) pada pendapat saya, seorang _______ perlu ada kemahiran menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berfikir secara kritis dan kreatif...juga perlu ada kemahiran softskill, perhubungan awam...serta leadership skills dimana kita tahu seorang ______ perlu berinteraksi dengan orang bawah dan orang atasannya... (wahh~ skema jawapan....dah prepare dah soalan ni..hehe)

Hmmm...seingat YML, tu je la kot soalan-soalan yang YML boleh kongsikan...sebabnya selepas tu, fail YML diserahkan pada penemuduga yang lagi sorang..dia tengok YML punya resume, pengalaman kerja (yang kurang 5 bulan tuh~) then terus tanya pasal skop keja YML skarang...soalan-soalan lain semuanya berbentuk KBKK...chewah~ (kemahiran berfikir kritis & kreatif.. =)) sebab soalannya depends on skop keje skang dan more kepada macamane kalau berlaku situasi macam ni dan macam tu..apa yang awak boleh buat...apa pandangan awak..bagaimana awak atasi...something like that...simple kan?(macam taknak amik keje je~ emmm...maybe penat+lapar kot...dah tengahari kan..huhu~)
So, kalau korang tak menipu skop kerja korang dan korang betul-betul tau setiap inci kerja yang korang buat skarang, takde masalah la nak jawab soalan-soalan demikian.... =)
Tapi jangan pulak buat preparation yang ala kadar je..sebab ada gak kawan-kawan YML yang kena soalan power-power beb~! Huhu~ boleh nangis dengar soalan-soalan diorang...nak tau?antaranya:-

  1. Sila ceritakan latar belakang anda dalam bahasa inggeris..
    (suprise...english tetibe..tapi bagi yang power, no
     problem..
    )
  2. Anda di temuduga untuk jawatan ____ di jabatan ____(padahal dalam surat jabatan lain). Sila nyatakan jabatan ini dibawah kementerian apa...(amek kau..dia beria-ia study pasal jabatan lain tetibe tanya pasal jabatan lain...mana nak tau...huhu)
  3. Nyatakan siapa menteri bagi kementerian tersebut...(huhu...soalan berkaitan dengan soalan sebelumnya...percentage dapat jawab memang rendah la...)
  4. Kene tau jugak apa bisnes yang jabatan tu jalankan... berkaitan dengan apa...
  5. Siapa ketua angkatan tentera.. (haa..tau tak?tak tau?jangan duduk Malaysia..)
  6. Apa kah corruption selain rasuah? (antaranya penyelewengan,  pecah amanah)
  7. Apa itu integriti?
  8. Jangan lupa sedikit kemahiran dari apa yang kita belajar dulu...teknikal part....(siap ada yang tanya rumus...dahsyat..dahsyat...)
  9. Pengetahuan am, perlembagaan Malaysia,konsep 1 malaysia, pendapat berkaitan PTPTN, isu-isu semasa, isu-isu belia, politik, NKRA, rukun negara, parlimen dan sebagainya...
Banyak kan?haha~ tawakal je lah...mudah-mudahan bahagian kite, dipermudahkan urusan olehNYA..soalan-soalan dia kita tak boleh nak predict...YML tak cakap yang dengan jawapan-jawapan YML, YML diterima untuk jawatan tu...apa pun soalan dan jawapannya, semuanya bergantung pada rezeki masing-masing..yang penting berdoa dan lakukan yang terbaik... =)

Ada gak penemuduga yang tanpa belas kasihan akan provok anda sampai anda terpinga-pinga dan tercengang-cengang nak menjawab...haa...kene sedia mental dan fizikal...YML pernah kene mase interview SPAJ, sampai trauma+serik nak gi interview.. (first time kot mase tu...memangla nevesss...)

Cik Partner YML, sile share pengalaman interview anda pula...hehehe~



Monday, 17 September 2012

SALAM ZULKAEDAH


Hye readers~! :)

Lama xbersiaran..(bajet readers2 tunggu post terbaru~) ...hehehe~ erm...syawal telah pun berlalu..kini tiba bulan zulkaedah..bulan kedua terakhir dalam tahun Hijrah.. asal usul nama zulkaedah ini ialah:

Zul = yang empunya
Qa’dah = duduk

Ini membawa erti bahawa bulan Zulkaedah ialah bulan untuk berehat-rehat.

Bulan Zulkaedah adalah bulan Arab dan Islam yang mulia, salah satu bulan-bulan Haram (Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab), dan  salah satu bulan haji (Syawal, Zulkaedah dan Zulhijjah).
Sejak dari dahulu lagi, sebelum kedatangan Islam, masyarakat Arab telah mengiktiraf bahawa Zulkaedah adalah satu bulan daripada empat bulan yang mulia dan diharamkan berperang. Maka masyarakat Arab jahiliah tidak keluar berperang pada bulan ini.

Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah SAW mengekalkan kemuliaan empat bulan haram ini, mengekalkan namanya dan mengharamkan berperang padanya. Bersempena inilah dinamakan ia dengan "Zulkaedah".

Okay. Hari ni moh le kite bercerita tentang perjalanan bisnes YML sepanjang puasa.. Alhamdulillah,  rezeki Ramadhan, jadual tempahan yang YML terima tahun ni agak padat sampaikan cookies untuk rumah YML sendiri kurang, tak seperti tahun-tahun sebelumnya.. :) walau apa pun, yang penting semua tempahan dapat disiapkan sebelum raya dan diharap semua customer berpuas hati dengan khidmat YML..raya tahun depan tempah lagi ye.. :) jom kita lihat antara gambar2 tempahan..check it out~!


Chocolate Chip Cookies & Tart Nenas...YML letak dalam mini bottle yang sangat comel, RM5..sekadar percubaan, jadi YML buat 2 botol sahaja.. :) jika ada permintaan, YML akan buat lagi..nak decorate bekas pun boleh.. sesuai untuk jadikan gift kan?hehe~ yang ni harganya RM5 sebotol.


Ini pula tempahan dari orang jauh.. :) kawan-kawan dari JB dan Pahang..sorang tempah 4 botol dan sorang lagi tempah 1 botol. Untuk kelainan, YML saje je hias Almond London tu dengan manik2 ‘love’ tu..comel plak kan?(cam puji diri sendiri x?hehe~)YML risau kalau2 cookies ni pecah sewaktu proses penghantaran sebab YML gunakan khidmat Gdex Express..Alhamdulillah setelah dibungkus rapi, dan dipos, cookies ini selamat sampai di tangan customer sehari selepas dipos tanpa cela..terima kasih untuk tempahan.. =)



Yang ini cookies yang mendapat tempahan tinggi untuk tahun 2012..biskut tradisional, semperit..walaupun dah bermacam-macam evolusi dilakukan terhadap semperit ini, YML still kekalkan bentuk dan rasanya yang asli..semperit ni merupakan favourite YML dan menjadi cookies wajib buat setiap tahun..walaupun dah banyak cookies moden sekarang, kuih lama masih tidak dilupakan dan kekal popular.. :)