Showing posts with label SWEET TREATS. Show all posts
Showing posts with label SWEET TREATS. Show all posts

Saturday, 16 February 2013

HADIAH BUAT PENGANTIN


Hello hello hello...~! YML in da house.. J da makan? Breakfast? Lunch? Dinner? Hehehe~ Raya Cina baru-baru ni YML ada kat kampung...hari-hari dpt makan besar... ^__^ (motippp? teringat makanan kat kampung..uhhuhu~) hari ni YML nak tayang sikit hasil tangan YML sepanjang menyepinya YML di alam maya.. J

yang ni YML jamahkan untuk ofismate YML.. ^__^

Nyum~ Nyum~
YML mendapat tempahan apam cornetto dari sahabat yang berada di Perak..wah...teruja YML pada mulanya...tapi, selepas beberapa ketika, YML terpikir, macamane YML nak hantar ke sana.. Pos ke? Boleh ke? Kalau hancur macamane?huhu~ selepas mendapat nasihat dan kepercayaan dari sahabat YML tu, YML pun cuba guna pos laju..untuk pengetahuan, sahabat YML ni merupakan usahawan felt craft.. J beliau juga menggunakan perkhidmatan secara pos dan juga bisnes secara online.. kalau berminat bolehlah lihat hasil tangan beliau di page Fafa Craft.. J 

Pembungkusan untuk cik fafacraft..a.k.a Aifa.. :)

Peringatan : untuk pos kene letak ngam-ngam supaya apam-apam ni duduk molek-molek dalam bekas ni...tak bergerak..dan mengelakkan dari pecah..

Dalam pada YML menyiapkan tempahan fafacraft, YML dapat dua jemputan kahwin pada hujung minggu tersebut..Azri & pasangan, serta Erni & pasangan.. dua hari selepas tu pulak, YML jumpa dengan incik pengantin, Usman & pasangan yang berbulan madu di Melaka..YML tak sempat datang wedding beliau di JB..incik Usman tunjukkan isterinya pada kami...sweet je diorang nih.. :) pening memikirkan hadiah untuk mereka, YML decide untuk bagi mereka rasa hasil tangan YML ni.. ^__^ buat semua sahabat YML, moga korang bahagia hingga hujung nyawa.. (bahang drama Setia Hujung Nyawa masih terasa..hee~)


..Untuk pengantin-pengantin.. ^__^
Masa tu jugak, kakak-kakak staf Area Office Kota Tinggi tempah Chocolate Chip Cookies dari YML...mengidam katanya...hehehe~ demi kakak-kakak ku tersayang, YML tetap usahakan untuk penuhi permintaan mereka...terima kasih kak Ida & kak Marinah.. ^__^



Jumpa lagi...~! ^__^
YML Miera..

Sunday, 10 February 2013

DONAT & INTERNAL QUALITY AUDIT


Assalamualaikum...

Hye readers… :) apa khabar?harap sentiasa dikurniakan kesihatan dalam menempuh hari-hari mendatang.. Happy Chinese New Year.. ^__^

Lamanya YML tidak menulis…apakah yang berlaku sebenarnya?huhuhu~  YML sedang melalui proses penyesuaian diri dengan jadual kerja yang baru...di tempat kerja YML, tanggungjawab YML telah bertambah, YML sekarang melakukan kerja-kerja audit kualiti (dalaman) ataupun internal quality audit (IQA)...apa tugas-tugas IQA ni?

IQA ini merupakan salah satu keperluan bagi syarikat-syarikat yang mendapat pengiktirafan daripada sistem pengurusan kualiti ISO 9001:2000...tujuannya adalah untuk mengawal kualiti barangan dan perkhidmatan agar dapat memenuhi kepuasan pelanggan..skop kerja YML lebih kepada audit kerja-kerja di tapak.. pada dua minggu pertama setiap bulan, YML akan ke dua pejabat kawasan terpilih untuk melaksanakan kerja-kerja audit nih..haha...cakap macam bagus je kan?tau x kerja-kerja audit ni lebih kepada kerja-kerja menilai sebenarnya...wah~ umur baru setahun jagung da pepandai nak menilai kan?hehehe~ ini lah yang dinamakan cabaran...YML dan kengkawan diberi masa 6 bulan untuk master dalam bidang neh..huhuhu...bayangkan ler budak-budak junior, muda-muda macam kami ni, pergi tempat orang, then membuat penilaian prestasi kerja orang-orang yang lebih senior dari kita...menyampah x?haa..itu cabaran kedua yang YML kene lalui..apa-apa pun ia menjadi seronok kerana YML banyak belajar dari sini.. :)

Dek kerana outstation memanjang, memang kurangla masa di alam maya ni kan....YML masih lagi belajar urus masa, urus kewangan...lagi banyak benda yang YML nak tau, lagi banyak benda yang YML tak tau...kadang-kadang, kita rasa kita sangat sibuk...tapi sebenarnya kita yang tak manage masa kita dengan betul..YML nak bagi 1 tips untuk mengurus masa dengan baik, korang list kan semua kerja yang korang nak setelkan atau nak buat pada hari tersebut..then, korang pilih mana kerja yang paling utama diikuti dengan kerja-kerja seterusnya...da siap buat 1 kerja, tandakan..nah...hasilnya takdelah kerja-kerja yang kita terlepas pandang dan juga takdelah kita blur-blur nak buat kerja yang mana dulu..betul tak?selamat mencuba.. :)

Sebelum entry ni berakhir, jom kita layan kuih donut yang YML baru belajar buat pada bulan November tahun lalu..(dah lama baru ko nak upload kan..) dek kerana buat lubang donat yang tak tentu arah, YML terus buat bentuk bulat, pastu cucuk kat stick..kreatif tak?haha, perasan..jom layan..




Tester merangkap opismate YML ada komen, "rasa sedap, lembut, tapi bersegi.." bersegi?apakah? setelah diamati, baru YML faham..rupanya yang dimaksudkan ada bahagian donat ni yang garing..yelah..biasanya dia bulat lembut je kan..korang nampak tak di balik gula tu bentuk dia tak rata bulat?haaa...illusi mata namanya..hahaha~ next time cuba lagi ye YML... ^__^

Thank you..
YML MieRa..

Friday, 25 January 2013

SEJARAH MAULIDUR RASUL

Salam Maulidur Rasul buat semua pembaca di luar sana.. sempena hari yang mulia ini, mari -sama-sama kita menghayati perjuangan baginda s.a.w, merenung sifat dan akhlak Rasulullah, pada masa yang sama berusaha mengikuti segala akhlak dan ajaran Nabi Muhammad SAW..

Nak tau dari mana asalnya sambutan Maulidur rasul?


Umumnya, semua maklum di zaman Rasulullah dan para sahabat, tiada sambutan maulud nabi..Pada zaman awal Islam belum ada keperluan untuk mereka menyambut hari kelahiran kerana mereka tidak mahu memikirkan usia mereka. Mereka juga tiada keperluan untuk menyambut hari kelahiran Rasulullah kerana setiap hari mereka boleh bertemu Rasulullah terutama apabila berasa rindu. Mereka ini meskipun tiada berkesempatan untuk bertemu Rasulullah, sekurang-kurangnya selawat akan meniti pada bibir mereka.

Tetapi pada zaman tabi’in, umat Islam sudah berselerakan ke seluruh dunia dan dalam keadaan itu mereka semakin jauh dengan Makkah dan Madinah. Tidak dinafikan, sebahagian mereka lupa untuk mengamalkan Islam lantaran semakin jauh daripada roh ajaran dan perjuangan Rasulullah. Mujurlah ulama masih ada lalu mengambil inisiatif untuk membimbing orang ramai ke jalan benar.

Di sinilah bermulanya sambutan Maulidur Rasul dalam sejarah Islam.

Hari itu dipilih bukan semata-mata untuk sambutan hari lahir tetapi satu taktik untuk mengumpul orang bagi memperdengarkan kisah Rasulullah SAW yang semakin dilupakan. Semoga umat boleh kembali kepada ajaran Rasulullah seperti zaman sahabat dahulu.

Berdasarkan sejarah itu, maka sambutan Maulidur Rasul yang dilaksanakan pada hari ini seharusnya bukan semata-mata untuk meraikan hari kelahiran Rasul. Itu bukanlah matlamat asal sambutan tetapi lebih kepada usaha mengingatkan kembali umat Islam kepada Rasulullah SAW dan perjuangannya.

Yang penting semua itu boleh menyedarkan umat Islam kepada mengingati perjuangan Rasulullah. Dengan acara tersebut tidak timbul isu bidaah seperti yang selalu kita dengar dakwaannya pada hari ini kerana semua aktiviti itu pernah berlaku pada zaman Rasulullah SAW dan baginda tidak pula melarangnya.

Sumber : Laman Kongsi & mynewshub

Sempena sambutan Maulidur Rasul ini juga, YML mendapat tempahan daripada ofismate, untuk membuat apam cornetto sebanyak 70 batang, yang dibuat di surau tempat beliau tinggal..YML tak sempat nak bungkus cantik-cantik untuk apam ni..cuma susun dalam bekas tu je..maaf ye..harap Aisyah berpuashati dengan tak serik buat tempahan daripada YML.. :) YML sedikit ralat kerana YML cuba untuk melembutkan apam cornetto tersebut, namun pembaziran berlaku tatkala membuka dari acuan..hhuhu~ banyak apam melekat pada acuan...takpe2..next time YML akan cuba yang terbaik.. ^__^











Jom kita hayati lirik selawat beserta maksudnya.. :)

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد                Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ                           Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد                Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ                           Selawat salam dipohon lagi

يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ                               Wahai Nabi salam atasmu
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ                        Wahai Rasul, salam atasmu
يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ                      Wahai kekasih, salam atasmu
صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ                                   Selawat Allah ke atasmu

أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا                           Bulan purnama menyinari kita
فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ                                       Hilang segala cahaya
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا                 Indah menawan tak pernah dilihat
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ                   Wajah gembira sepanjang hayat

أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ                      Kaulah matahari, kaulah bulan
أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ                 Kaulah cahaya mengatasi cahaya
أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي                               Kaulah rahsia hidup mulia
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ                                  Kaulah menyuluhi jiwa

يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد                     Wahai kekasihku, ya Muhammad
يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ                  Wahai pendamping indah sejagat
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ                                  Wahai Nabi dijulang dipuja
يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ                                               Wahai imam 2 kiblat

مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد    Bahagialah orang memandang wajahmu
يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ                         Wahai penghulu keturunan mulia
حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد                            Kolam airmu sejuk jernih
وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ                       Kunjungi kami pada hari akhirat

مَا رَأَيْنَا الْعِيْسَ حَنَّتْ                     Sepanjang malam unta berjalan
بِالسُّرَى إِلاَّ إِلَيْكَ                                  Tiada berhenti rindukanmu
وَالْغَمَامَةْ قَدْ اَظَلَّتْ                            Engkau dipayungi awan putih
وَالْمَلاَ صَلُّوْا عَلَيْكَ                        Dan Malaikat sama berselawat

عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى                              Allah mengetahui rahsia sulit
مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ                         Dialah menyahut semua seruan
رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا                         Wahai Tuhan Rahmatilah kami
بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ                            Dengan segala amalan soleh

وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد             Selawat Allah ke atas Muhammad
عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ                         Sebanyak baris kertas ditulis
أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد                  Ahmad Muhammad petunjuk jalan
صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ               Empunya wajah berseri menawan

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد              Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ                         Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد              Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ                         Selawat salam dipohon lagi

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْهِ      Wahai Tuhan, selawat dan salam 
                                                        dan keberkatan atasnya
Sumber : Arnamee

Saturday, 15 December 2012

HOMEMADE CADBURY CHOCOLATE

Bismillah.... Assalamualaikum..

=) hye readers...walaupun YML menyepi dari dunia blogging, bisnes YML masih berjalan seperti biasa.. YML nak perkenalkan satu lagi produk terhangat di pasaran..HOMEMADE CADBURY CHOCOLATE... ^__^ siapa yang hantu coklat pasti teruja dengan berita ini...hehehe~





haa...nampak tu...isinya padat dan mampat...cukup kaya dengan coklat yang enak dan menggiurkan....yang penting ianya dibuat oleh orang melayu kita...jadi pasti terjamin halal,kan? :) serius sedap...produk ni bukan YML buat sendiri...YML pun sedang tercari-cari apa bahan yang digunakan untuk belajar buat sendiri...huhu~ cemburu I tau...tuan punya coklat boleh buat coklat seenak ini...tak sama dengan coklat masakan di pasaran tau! 



YML berjaya capai matlamat YML dekat ofis - 1 meja 1 coklat..hehehe~ memang hebat betul penangan coklat ni...1 bekas tu beratnya lebih kurang 600-700gm...hanya RM12 sahaja...

Enak dimakan begitu sahaja, dicairkan untuk disapu dengan roti dan celup biskut, boleh juga dicairkan untuk ditambah kekacang dan sebagainya..mengikut citarasa masing-masing...tahan sehingga lebih sebulan.. :)





Thank you for reading.. :)
YML Miera.. ^__^

Friday, 9 November 2012

MANISAN DI AIDILADHA & TEMPAHAN PELANGGAN


Assalamualaikum...

Macam lama je tak post pasal cookies ni kan...tak sempat nak update kat blog..time nak update je, ada yang lebih perlu diutamakan, jadi YML biar je dulu sampai ada masa yang sesuai... J ia bukan bermakna YML dah berhenti dari bisnes tu, Cuma tak tayang je...hehe~ YML banyak dapat tempahan apam cornetto sejak YML post dekat blog...sampai tak menang tangan dibuatnya..terima kasih pada yang menempah dengan YML... J

lalalala~

Tempahan dari En Faizi......
.........untuk jamuan di tadika anaknya... :)
Ini juga dari En Faizi...untuk jirannya... ^__^ thankz en faizi.. :)

Ini pula dari ucu, yang menetap di Kahang~! Teruja beliau dapat apam ni...hehe~ thankz.. :)

Masa YML buat apam cornetto ni, ngam-ngam bilangan acuan dengan bilangan tempahan....jadi ada lebih adunan tu, YML terus je masuk dalam papercup..haha~ rajin kan?nak tunggu buat acuan apam cornetto mau tertido YML kat situ, jadi kita kene ambil langkah bijak~! Hehe~ hasilnya pun tidak mengecewakan... J YML tambah coklat cip atasnya...pehh~ tak cukup sekali ngap...hehe~


Yang ni pula tempahan apam cornetto masa raya haji baru-baru ni...nasib baik YML buat lebih....kebetulan pulak saudara mara datang rumah secara mengejut...sampai tiga kereta~! Nasib baik semua dapat merasa...teruja nya mereka dengan bentuk apam yang comel ni! =) seronok kan dapat buat orang lain happy dan tersenyum... ^__^ puas.... J

tempahan dari Tenggaroh... :)
   
50 batang tempahan.. ^__^


Okay, kat sini YML selitkan jugaklah gambar-gambar kek lapis kukus cream cheese yang YML buat masa raya haji, khusus untuk seisi keluarga...sebiji kek habis sekali hadap je.. J yang paling lucu bila YML letakkan sepinggan kek yang telah dipotong, passing kek tu ke ruang tamu, tapi sampai pada tangan orang kedua je, iaitu maklong, terus makan dengan penuh berselera...habis kat situ jugak...hehe~ siap minta bungkuskan 2,3 potong untuk bekal dalam kereta...yang tinggal pun 2,3 potong tu je la, YML bekalkan juga pada maklong...esoknya permintaan dari mak ayah dan adik-adik, YML buat lagi sebiji kek...masing-masing tak puas makan masa sedara mara datang tu.. ^__^ terima kasih pada cik housemate dan juga incik google, serta mereka yang berkongsikan resepi kek ni di internet... J

Kek Lapis Kukus Cream Cheese


rasa sekali, pasti nak lagi!


            
          YML buat 5 layer...
           teruja tak?hehe~
yang penting, satu family suka kek ni.. :)

Saturday, 29 September 2012

KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum w.b.h.. ^__^

YML kat kampung ni.. :) seronok lepas 3 minggu tak balik...huhu~ urm..YML nak share kek yang baru je YML cuba..dan merupakan kek kedua lepas kek moist coklat..hehe~ YML tak konfiden nak buat kek ni sebenarnya..tak berani terima kegagalan kan..setelah sekian lama, baru berani cuba buat kek kedua ni..kek kukus jugak...YML teruja nak buat lepas tengok dan rasa cik housemate buat kek ni.. ^__^


ni dia...kek lapis kukus cream cheese..panjang kan nama dia? :) sape yang minat makan cheese, pasti tidak kecewa dengan rasanya..dan nak tau, lepas YML buat kek ni, YML bagi kawan-kawan ofis rasa..YML terus dapat tempahan pertama dari ofismate... ^__^ Alhamdulillah, bertambah murah rezeki YML...terima kasih pada yang percaya pada YML walaupun baru 1st time YML try kek ni.. hehe~



Special untuk ofismate, YML try pulak buat 2 lapis cream cheese..so, ada lima lapis...jom tengok....


lalalalala~ teruja YML tengok kek ni...ehehehe~ okay, YML buka untuk tempahan..untuk 
3 lapis RM38..untuk 5 lapis RM45.. :)



Tuesday, 25 September 2012

CHOCOLATE MOIST CAKE


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia... =)



Terliur tak tengok Chocolate Moist Cake ni?hehehe~ semua orang pun boleh buat...senang sangat...bahan yang mudah didapati, simple dan yang paling penting disukai ramai sebab kepekatan coklatnyaaa....sungguh marvellous~! =) YML ambil tempahan dengan harga RM28 sebiji...tapi hari ni YML akan share resepi nya dengan kawan-kawan ye...mau?hehe~ ada 6 bahan je yang digunakan...


3@4 biji Telur, lain-lain adalah Gula , Susu pekat manis, Minyak masak, Serbuk koko, Tepung gandum masing-masing dengan sukatan 1 cawan...mudah kan?hehe...pukul la telur dan gula dulu sampai kembang, then, masukkan bahan-bahan lain sedikit demi sedikit...time ni pun bau dia da naik tau...rasa macam nak makan mentah-mentah je...hehe~ bila da siap, masukkan dalam Loyang...kalau boleh alas dulu dengan kertas minyak ke, supaya tak lekat masa proses keluarkan dia nanti...kukus?dalam 1jam setengah hingga dua jam...untuk tau da masak ke belum, cucuk dengan lidi, kalau tak melekat kat lidi tu maknanye kek coklat da siap.. :)




Topping?haaa...ni yang paling best...topping ni bancuh lebih-lebih pun takpe, sebab bila ada lebih nanti boleh makan cicah roti ke..enak dimakan begitu saje... =) Cuma susu, koko dan minyak...anggaran sendiri nak manis macam mana, nak pekat macam mana...mula-mula anggarkan tiga-tiga bahan ni samarata, pastu adjust lah sendiri ikut selera masing-masing...sapukan atas kek, untuk tambahan boleh decorate dengan chocolate rice atau manic warna-warni... ^__^ yang penting konfiden.. hehe.. jangan takut-takut nak mencuba ye...jangan risau, serius tak rugi mencuba... ^__^

Sebarang soalan jangan segan-segan bertanya ya...Selamat Mencuba.. :)



Nak selit sikit tempahan dari kawan yang tinggal di Masjid Tanah, Melaka..mengidam katanya nak makan chocolate ball yang YML pernah buat masa belajar...jadi YML cuba lah penuhi permintaan beliau.. ^__^ bahan yang hampir sama dengan kek coklat cuma dipersembahkan dalam bentuk berlainan.. =)




Monday, 17 September 2012

APAM CORNETTO


YML sangat teruja nak share gambar-gambar Apam Cornetto yang YML baru cuba buat.. :) bentuk dia yang cute tu, sayang nak makan tau~! Hehe~ first time YML buat pada Syawal ke-5, tak muat nak topping kan dengan coklat..tapi YML da sangat teruja dengan rupanya..dek kerana geram, dan takut tidak berpeluang untuk cuba lagi, (sebab lepas tu dah nak balik Melaka)YML bancuh lagi sekali pada hari yang sama..bermula pukul 11.00 malam..hehe..mak YML geleng kepala cakap bila nak tido macam ni...YML nak jugak try, dan ini lah hasilnya.. senyum ayah YML tengok rupanya...tak sampai hati nak makan..hehe~

First Trial...hehehe~

second trial.. ^__^

...7 Warna Pilihan... :)


YML siapkan apam cornetto ini pada pukul 3 pagi.. :) sikit pun tak rasa mengantuk, malahan tak sabar-sabar nak tunggu coklat tu kering dan nak buka dari acuan..inilah hasilnya.. :) YML hidangkan pada tetamu-tetamu yang datang beraya rumah YML..atas diaYML letak kacang tanah atau badam cincang..memang macam aiskrim cornetto kan?hehe~ YML telah pun dapat tempahan yang pertama dari ofis YML...untuk jamuan hari raya..dan ternyata semua teruja dengan rupa dan rasanya.. :)

Tempahan dari ofis..... :) :) :)

yang bawah ni pula YML buat khusus untuk kakak partner YML ni...open house di rumah beliau semalam... :) 


YML buat saiz kecik sket...kira saiz M la..sebelum ni saiz L..hehe...YML rasa saiz macam ni lagi praktikal...comel...dan lebih efisien...taklah orang cepat muak nak makan apam ni...sekali rasa, pasti nak lagi... :) YML juga bekalkan pada kawan-kawan YML yang datang jauh dari Johor Bahru untuk konvoi ke kenduri kahwin di Selangor....mereka pun suka dengan bentuknye yang comel ni... :) yang ni YML ambil dengan harga RM0.80 sebatang... :)


Thursday, 9 August 2012

COCONUT JELLY



Satu lagi produk dari YML, bukan cookies, apatah lagi craft..tapi coconut jelly.. iklan je da menceritakan segalanya.. bagi memastikan kesegaran terjamin, coconut jelly dibuat selepas mendapat tempahan, so takde ready stock..hehe~ gambar dibawah adalah sebahagian daripada coconut jelly yang diminta pelanggan..



Eyh, kenapa warna lain ni??hehe~ inilah Coconut Jelly Gula Melaka..inovasi baru dari YML..rasanya?nak tau, cubalah.. untuk coconut jelly, setakat ini dibuat di Mersing, namun ada juga tempahan dari Melaka, Kluang dan Batu Pahat..bila ada kesesuaian waktu dan bilangan tempahan, kami akan menghantar sendiri produk kepada pelanggan.. pembuatan YML Coconut Jelly agak terhad kerana terdapat kekangan untuk mendapatkan air kelapa..ada sesiapa boleh bantu?bolehlah coconut jelly melebarkan sayap...hehehe~