Tuesday 21 May 2013

YML 1st JOB WEDDING!

27 April 2013....inilah tarikh bersejarah dimana YML melaksanakan job candy buffet & guestbook corner yang pertama! =) majlis sahabat YML sendiri, saudara Muhammad Firdaus dan pasangannya...

Terima kasih kerana percayakan kami.. :) moga bahagia hingga hujung nyawa...kekal sampai syurga dan cepat dapat baby....hehehe~

rasanya tak perlu YML bercerita panjang...biar gambar dibawah menghuraikan segalanya.. ^__^


tadaaa~! temanya pink-silver.. =)

meriah kan? kalau berminat, hubungi kami.. insyaALLAH berbaloi-baloi! 

Antara hidangan Candy Buffet : Apam Cornetto, Blueberry Cheese Tart, 2 jenis biskut, Roka, Coco Jelly dan banyak lagi.. ^__^

Antara hiasan yang ada dalam koleksi kami.. M.R.&.M.R.S alphabet..boleh juga menyewa jika ingin menggunakan kreativiti sendiri..
Our homemade Sweet Treats!

Lolipop berwarna ceria!

Adik pun nak masuk dalam cerita ni?ok takpe...dia sangat teruja hokeh dengan persembahan YML kat meja tu! hehe~
Our Homemade Chocolate Moist Cake.. :) cantik kan gambar ni?ehehe~ credit to YML AiYUE.. 

Sibuk je budak tu inteprem kan?hahaha~ mase proses touch-up..

Nak tau, kitorang punya makanan yang meriah ni, tak sampai 2 jam...licin! haha~ waktu kemuncak nya masa tengahari la..ditambah dengan kedatangan pengantin...penuh kawasan ni...YML nak masuk amik gambar pun tak dapat..


Apam Cornetto yang mendapat permintaan tinggi... :) 

Moist Cake Chocolate..kalau dah namanya coklat, memang feveret ramai!

Sweets for my Sweet!

malam tu hujan...nasib baik selamat...tak basah...YML setup barang-barang sehari sebelum majlis supaya tak kelam kabut..tapi semua makanan YML letak pada pagi hari kejadian..

Kat bawah ni pula guestbook corner jenis CSI....pakcik makcik pun turut sama excited turunkan tandatangan dan cop jari..memang seronok tengok gelagat mereka.. =) mereka cakap dua jarang-jarang mereka jumpa majlis kahwin yang ada sudut seperti ni.. ^___^
Pakcik ni merupakan orang pertama yang menurunkan tandatangan... :)
Antara props yang kami sediakan untuk guestbook corner.. ^__^
haaa...kejap je da penuh...hehehe~
banyaknyer colour! tak tau nak pilih warna apa...
"cepat bang....saya pun nak tinggalkan cop jari jugak!"
masa ni, orang tengah ramai berpusu-pusu keluar dan masuk...da takde ruang nak lalu dah.. :)
Apa pun...ia merupakan satu kenangan dan pengalaman yang berharga buat YML.. ^__^ masih lagi banyak kekurangan di sana sini...sokongan kalian amatlah bermakna buat YML dan penambahbaikan akan sentiasa dilakukan demi menghasilkan kerja yang terbaik! :) 

Sekian sahaja buat tatapan kalian...terima kasih kerana melawat blog YML! =) insyaALLAH, YML akan cuba sekerap mungkin untuk update kisah-kisah terbaru dan juga info-info yang bermanfaat untuk semua...moga dipermudahkan segala urusan...jangan lupa like FB YML ya! 

No comments:

Post a Comment