Sunday 18 August 2013

AKTIVITI YML YANG KORANG TAK NAK TAHU

Haha...gempak tak tajuk kali ni?hehe~ (ko gelak la sorang-sorang..ko ingat orang heran ke dengan tajuk ko tu?) ngeh3~ pada yang tak suka jangan baca..pada yang berminat terima kasih tak terhingga.. ^__^

tanpa melengahkan masa, jom3 kita siasat...~!

24 mei 2013 bersamaan 14 Rejab 1434H..kali terakhir YML update blog!

lepas tu? lepas tu?

Orait..untuk makluman, YML adalah salah seorang committee KELAB SEGAR...kelab apa tu?SEGAR is stand for SELIA GROUP SPORTS & RECREATIONAL CLUB..Kelab yang ditubuhkan untuk staff-staff tempat YML bekerja, iaitu SELIA GROUP.. 

apa fungsi kelab ni? haaa, kelab ni ditubuhkan untuk meningkatkan kualiti hidup kakitangan Selia Group dengan menggalakkan gaya hidup yang sihat, memberi peluang kepada staff untuk menunjukkan bakat kepimpinan, pengurusan organisasi dan mencungkil bakat-bakat terpendam dengan penganjuran aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan disamping dapat mengeratkan silaturrahim sesama ahlinya serta membina kehidupan bermasyarakat..

fuhh~ senafas..hehe..itulah tujuannya..sama ada mencapai objektif atau tidak, itu adalah pilihan setiap individu yang bernaung dibawah Selia Group.. :)

Sebagai ahli keluarga baru dalam syarikat ni, YML dipelawa untuk memeriahkan organisasi kelab ini..YML jadi setiausaha kelab, bermula awal tahun 2013...dan pada June 2013 merupakan masa yang amat kritikal dimana 3 program besar berjalan serentak..

Bermula dengan INNO-TECH CHALLENGE 2013 yang berlangsung pada 21 June 2013, seterusnya SPORTS CARNIVAL 2013 & ANNUAL DINNER 2013 yang berlangsung pada hari yang sama iaitu pada 29 June 2013..



Yang menambah kesibukan YML, YML menjadi peserta INNO-TECH CHALLENGE 2013 tu..haa...tak tido malam dibuatnya menjelang hari pembentangan kepada semua ketua-ketua pengarah & ketua-ketua syarikat... 


apa dia INNO-TECH CHALLENGE ni? program ini secara ringkasnya berkonsepkan kreativiti & innovasi dimana staff akan mempertandingkan bakat masing-masing dalam memberi idea-idea bernas yang dapat membantu menjana profit atau meningkatkan imej syarikat...dan yang manisnya, team YML iaitu GMS telah memenangi tempat pertama dalam pertandingan itu! terasa sangat berbaloi & tidak sia-sia usaha kami mempertaruhkan masa dan tenaga dalam pertandingan ini.. :)

..GMS Team.. :)

Tajuk yang kami ketengahkan ialah Green Mix Solution, iaitu kaedah menampal lubang di jalanraya menggunakan 'milling waste' serta mixer pembancuh simen.. ^__^ civil engineering student tau lah pasal benda ni..hehe~

kerja-kerja penampalan lubang di tapak

Program seterusnya, SPORTS CARNIVAL 2013 & ANNUAL DINNER 2013 berlangsung hanya seminggu selepas itu! YML cuba berikan yang terbaik dan alhamdulillah kedua-duanya berjalan seperti yang dirancang.. :)



   


Nak tengok gambar lagi?jom layan blog SEGAR~! ^__^


Apa pulak aktiviti YML sepanjang Ramadhan? Harap tak jemu untuk tunggu the next post ya!


~YML MIERA~


No comments:

Post a Comment