Monday, 17 September 2012

SALAM ZULKAEDAH


Hye readers~! :)

Lama xbersiaran..(bajet readers2 tunggu post terbaru~) ...hehehe~ erm...syawal telah pun berlalu..kini tiba bulan zulkaedah..bulan kedua terakhir dalam tahun Hijrah.. asal usul nama zulkaedah ini ialah:

Zul = yang empunya
Qa’dah = duduk

Ini membawa erti bahawa bulan Zulkaedah ialah bulan untuk berehat-rehat.

Bulan Zulkaedah adalah bulan Arab dan Islam yang mulia, salah satu bulan-bulan Haram (Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab), dan  salah satu bulan haji (Syawal, Zulkaedah dan Zulhijjah).
Sejak dari dahulu lagi, sebelum kedatangan Islam, masyarakat Arab telah mengiktiraf bahawa Zulkaedah adalah satu bulan daripada empat bulan yang mulia dan diharamkan berperang. Maka masyarakat Arab jahiliah tidak keluar berperang pada bulan ini.

Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah SAW mengekalkan kemuliaan empat bulan haram ini, mengekalkan namanya dan mengharamkan berperang padanya. Bersempena inilah dinamakan ia dengan "Zulkaedah".

Okay. Hari ni moh le kite bercerita tentang perjalanan bisnes YML sepanjang puasa.. Alhamdulillah,  rezeki Ramadhan, jadual tempahan yang YML terima tahun ni agak padat sampaikan cookies untuk rumah YML sendiri kurang, tak seperti tahun-tahun sebelumnya.. :) walau apa pun, yang penting semua tempahan dapat disiapkan sebelum raya dan diharap semua customer berpuas hati dengan khidmat YML..raya tahun depan tempah lagi ye.. :) jom kita lihat antara gambar2 tempahan..check it out~!


Chocolate Chip Cookies & Tart Nenas...YML letak dalam mini bottle yang sangat comel, RM5..sekadar percubaan, jadi YML buat 2 botol sahaja.. :) jika ada permintaan, YML akan buat lagi..nak decorate bekas pun boleh.. sesuai untuk jadikan gift kan?hehe~ yang ni harganya RM5 sebotol.


Ini pula tempahan dari orang jauh.. :) kawan-kawan dari JB dan Pahang..sorang tempah 4 botol dan sorang lagi tempah 1 botol. Untuk kelainan, YML saje je hias Almond London tu dengan manik2 ‘love’ tu..comel plak kan?(cam puji diri sendiri x?hehe~)YML risau kalau2 cookies ni pecah sewaktu proses penghantaran sebab YML gunakan khidmat Gdex Express..Alhamdulillah setelah dibungkus rapi, dan dipos, cookies ini selamat sampai di tangan customer sehari selepas dipos tanpa cela..terima kasih untuk tempahan.. =)



Yang ini cookies yang mendapat tempahan tinggi untuk tahun 2012..biskut tradisional, semperit..walaupun dah bermacam-macam evolusi dilakukan terhadap semperit ini, YML still kekalkan bentuk dan rasanya yang asli..semperit ni merupakan favourite YML dan menjadi cookies wajib buat setiap tahun..walaupun dah banyak cookies moden sekarang, kuih lama masih tidak dilupakan dan kekal popular.. :)

No comments:

Post a Comment