Monday, 26 August 2013

TUTORIAL MENGHIAS HANTARAN PALING MUDAH

Ok3..tak payah membebel panjang & kita terus pada tutorial buat hantaran macam ini.. :) 



First time buat tutorial ni..hehe~ silap-silap abis je baca korang pun cakap 'elleehh~ setakat tunjuk benda macamni semua orang da tau la...' 
takpe3..korang anggap je la hiburan di petang hari k.. :)


Bahan asas: Barang hantaran, Dulang, Kain Net, Bunga Hiasan & Saletip.


1) mula-mula kita susun barang-barang dalam dulang mengikut citarasa & barang yang kita ingin balut..untuk mengelakkannya daripada bergerak, kita saletip dari hujung ke hujung.



2) Ambil kain net, dengan anggaran lebar dulang, yang panjang tu biar dia lebih sikit supaya dapat menutup keseluruhan gubahan kita nanti. pastikan kiri dan kanan net sama tinggi.



3) Simpulkan seperti dalam gambar..alah, macam kita ikat beg plastik tu...



4) Ikatkan lagi sekali bagi mengelakkan ikatan pertama kita tadi terbuka..kemaskan..jangan ketat sangat sebab kita nak selitkan bunga di celah-celah lubang tu..



5) Selitkan tangkai bunga dicelah ikatan tadi..tujuan dia untuk kita tutupkan ikatan tadi..untuk naikkan seri hantaran..masa YML buat ni, anggaran dalam 3 kuntum bagi menutup ikatan yang kita da buat tadi..lepastu terus ikat ketat-ketat supaya bunga tadi tidak bergerak..jangan tarik kuat sangat, koyak kain net tu nanti...



6) kemaskan bunga-bunga tersebut...lebih kain net yang panjang lepas kita ikat tadi tu, kita kembangkan then kita tutup pulak 2 bahagian yang terdedah..macam gambar no3 tadi..kan 2 bahagian yang bertentang tu terdedah kan?kita tutupkan dengan lebihan kain net tu..jadi nampak macam kita balut dari semua arah & ponjot..sebenarnya kalau selak kain net tu, masih nampak isinya..illusi mata je tu..hehe~



7) Siap! senang kan? :)








No comments:

Post a Comment