Tuesday, 27 August 2013

KUIH RAYA YML 2013

ok..kali ni kita bercerita pasal kuih raya.. :) amacam raya anda semua?pasti meriah kan?bagi YML, tahun ni tahun pertama YML beraya di rumah sendiri..sebelum ni raya kat kampung.. :) ada perbezaannya, tapi kemeriahan tetap terasa..hehe~ beza pada hari raya pertama je..esoknya da balik kampung..

Pengalaman yang paling tak dapat dilupakan adalah tersangkut dalam jem sebegitu lama..huhuhu~ bayangkan YML nak menghadiri open house dan tahlil rumah makcik di batu pahat yang berlangsung lepas jumaat...sebelum jumaat kami berada di Kluang tapi sampai di rumah makcik jam 5 petang! oh tidak..perjalanan yang sepatutnya ambil masa kurang sejam dah jadi 3 jam lebih...keesokannya nak ke Johor Bahru pula, jem di highway..oh tidak...highway pun jem...huhuuhu~ YML masuk tol Ayer Hitam jam 7.malam..sepatutnya 7.40 malam sudah keluar tol Skudai..tapi yang berlaku, pukul 9.40 baru keluar tol...dugaan kan?

takpe-takpe..panjang pulak cerita pasal jem ni..kita teruskan citer pasal kuih raya okeh~ menu kuih raya YML tahun ni:-


Untuk pengetahuan semua, cookies diatas adalah cookies yang dibuka untuk tempahan kali ni..Alhamdulillah...rezeki buat YML bila cookies yang ditempah dapat disiapkan pada waktunya, tidak melebihi kemampuan YML, tidak juga mengecewakan mereka-mereka yang membuat tempahan dengan YML.. :)

Dari kiri, Semperit, Cornflakes, Tart Cake, Tart Karipap, Chocolate Chip Cookies, Almond London & Sarang Semut...yang paling mendapat sambutan tahun ni adalah Semperit, Cornflakes dan Chocolate Chip Cookies..Manakala untuk Tart Cake & Almond London YML terhad kan pengambilan tempahan kerana pembuatannya yang agak rumit...Mama YML sudah call YML tadi minta buatkan Tart Cake hujung minggu ni...Kuih raya dah abis tapi tak puas makan lagi..Kalau nak rasa jemput datang rumah ye.. :)

Pernah nampak iklan dibawah ni?hehe~ YML tak promote sangat sebab Sya'ban dan Ramadhan kali ni agak banyak komitmen kerjaya..YML rasa macam nak amik cuti sebulan puasa tu untuk beri sepenuh perhatian buat kuih raya sepanjang waktu kerana ni lah saja masanya YML dapat asah bakat dalam perkara yang YML sangat minat! namun apakan daya..di luar bidang kuasa YML...sedihnya sebab tak sempat cuba resepi baru....



YML da mula buat label untuk cookies YML.. :)
Cantik tak?ehehehe~

Sebahagian dari tempahan yang YML dapat.. ni je yang sempat ambil gambar, yang lain?haha~ kamera ke mana, kuih ke mana...betul-betul mengejar masa..malam raya masih lagi siapkan kuih raya..

ini pula buahtangan yang YML sediakan buat rakan-rakan YML yang rapat..pengganti kad raya.. :) comel tak?semua teruja dengan kad raya versi YML ni..kalau berminat, tahun depan boleh order dengan YML ye.. ^__^

The Making of Cookies Raya!
Sambil-sambil buat cookies di kampung, YML sempat melakukan aktiviti bersama adik-adik YML ketika proses buat Almond London...nak tau apa jadi tak?hehehe~

kami abadikan nama masing-masing dalam almond london ni..
haha~ jangan jeles! ko hade?? :) :) :)
Moga ukhuwah yang terjalin antara sesama umat islam, sahabat handai dan ahli keluarga berkekalan malah bertambah erat dari hari ke hari... ^__^

~YML MIERA~


No comments:

Post a Comment