Sunday, 10 February 2013

DONAT & INTERNAL QUALITY AUDIT


Assalamualaikum...

Hye readers… :) apa khabar?harap sentiasa dikurniakan kesihatan dalam menempuh hari-hari mendatang.. Happy Chinese New Year.. ^__^

Lamanya YML tidak menulis…apakah yang berlaku sebenarnya?huhuhu~  YML sedang melalui proses penyesuaian diri dengan jadual kerja yang baru...di tempat kerja YML, tanggungjawab YML telah bertambah, YML sekarang melakukan kerja-kerja audit kualiti (dalaman) ataupun internal quality audit (IQA)...apa tugas-tugas IQA ni?

IQA ini merupakan salah satu keperluan bagi syarikat-syarikat yang mendapat pengiktirafan daripada sistem pengurusan kualiti ISO 9001:2000...tujuannya adalah untuk mengawal kualiti barangan dan perkhidmatan agar dapat memenuhi kepuasan pelanggan..skop kerja YML lebih kepada audit kerja-kerja di tapak.. pada dua minggu pertama setiap bulan, YML akan ke dua pejabat kawasan terpilih untuk melaksanakan kerja-kerja audit nih..haha...cakap macam bagus je kan?tau x kerja-kerja audit ni lebih kepada kerja-kerja menilai sebenarnya...wah~ umur baru setahun jagung da pepandai nak menilai kan?hehehe~ ini lah yang dinamakan cabaran...YML dan kengkawan diberi masa 6 bulan untuk master dalam bidang neh..huhuhu...bayangkan ler budak-budak junior, muda-muda macam kami ni, pergi tempat orang, then membuat penilaian prestasi kerja orang-orang yang lebih senior dari kita...menyampah x?haa..itu cabaran kedua yang YML kene lalui..apa-apa pun ia menjadi seronok kerana YML banyak belajar dari sini.. :)

Dek kerana outstation memanjang, memang kurangla masa di alam maya ni kan....YML masih lagi belajar urus masa, urus kewangan...lagi banyak benda yang YML nak tau, lagi banyak benda yang YML tak tau...kadang-kadang, kita rasa kita sangat sibuk...tapi sebenarnya kita yang tak manage masa kita dengan betul..YML nak bagi 1 tips untuk mengurus masa dengan baik, korang list kan semua kerja yang korang nak setelkan atau nak buat pada hari tersebut..then, korang pilih mana kerja yang paling utama diikuti dengan kerja-kerja seterusnya...da siap buat 1 kerja, tandakan..nah...hasilnya takdelah kerja-kerja yang kita terlepas pandang dan juga takdelah kita blur-blur nak buat kerja yang mana dulu..betul tak?selamat mencuba.. :)

Sebelum entry ni berakhir, jom kita layan kuih donut yang YML baru belajar buat pada bulan November tahun lalu..(dah lama baru ko nak upload kan..) dek kerana buat lubang donat yang tak tentu arah, YML terus buat bentuk bulat, pastu cucuk kat stick..kreatif tak?haha, perasan..jom layan..




Tester merangkap opismate YML ada komen, "rasa sedap, lembut, tapi bersegi.." bersegi?apakah? setelah diamati, baru YML faham..rupanya yang dimaksudkan ada bahagian donat ni yang garing..yelah..biasanya dia bulat lembut je kan..korang nampak tak di balik gula tu bentuk dia tak rata bulat?haaa...illusi mata namanya..hahaha~ next time cuba lagi ye YML... ^__^

Thank you..
YML MieRa..

No comments:

Post a Comment