Friday, 22 February 2013

LATA ULU CHEPOR, PERAK


Lama cerita pasal Perak ni terperap...tapi tak kire..nak jugak cerita...apa yang best?banyak sangat best.. :) korang nak tau tak? tak nak? hoho~ tak kisah la ape pun...nak share jugak...mungkin ada kebaikan dan manfaat pada yang lain kan.. ^__^

First thing, kembara pertama kami berdua, Aiyue & Miera berjalan jauh-jauh berdua je..drive lagi..~! paling hebat cik aiyue laa...sebab dia drive dari day 1st hingga balik..me?bagi moral support je..okeh?hehe~ family kami berdua berat nak melepaskan kami, (almaklumlah, anak dara..berjalan jauh..berdua je plak tu..lepas tu drive sendiri, dan tak tau jalan, a.k.a tak pernah sampai sana...~! mak mana yang tak risau?) tapi setelah dipujuk dengan baik, lepas juga kami dari sangkar emas dengan jayanya...hehehe~


Sesampai je kami di Perak, YML di sambut oleh sahabat lama, Aifa.. setelah hampir 4 tahun tidak berjumpa..YML di bawa ke rumah sewa beliau...terkesima melihat keadaan rumah beliau yang sangat cantik, dilengkapi perabot penuh seperti rumah family~! yang lagi membuatkan kami teruja adalah susunan almari yang penuh dengan barang-barang craft! hilang penat lelah sepanjang perjalanan dan pelbagai soalan bertalu-talu dilontarkan pada empunya diri..hehehe~ kecoh jadinya..yelah, kiter ni baru je bekerja kan..baru nak bernafas di dunia penuh pancaroba ini (wahh~! ayat kau....) ..tengok kawan-kawan macam tu, dah kira berjaya lah tu..bilik siap aircond tau! haa~ duduk sorang-sorang je sewa rumah tu..family beliau jauh di Kluang, Johor. Serius YML sangat teruja & kagum (macam katak baru keluar dari bawah tempurung lagaknya..hahaha) ...pandai beliau mengurus diri dan kewangan walaupun jauh merantau...banyak tips-tips berguna, kata-kata motivasi dan ayat pembakar semangat yang dilontarkan..InsyaALLAH YML ingat lagi sampai sekarang.. :) beliau juga antara salah seorang part time crafter..walaupun minat dan bidang YML sama, beliau sedikit pun tidak lokek berkongsi ilmu.. ^__^



Ruang tamu...penuh dengan crafts material & tools...juga buku-buku rujukan berkaitan crafts...cukup menunjukkan cintanya terhadap dunia crafts.. :)
Buahtangan dari orang Perak...handmade tau~! tu yang buat dia mahal + berharga tu.. :)
Hari Sabtu, pagi-pagi lagi kami da bangun...teruja nak mandi-manda~! (takde dalam plan tau..hehe~) orang Perak nak bawak jalan-jalan, giler taknak?hehehe~ 
Destinasi: Lata Ulu Chepor....



Apa yang menariknya di LATA ULU CHEPOR ni? okay jom kita lihat sedikit latar belakang nya..Ulu Chepor terletak di Bandaraya Ipoh, Negeri Perak Darul Ridzuan. Disini terletaknya Hutan Simpan Kledang Siong. Terdapat gunung peninjau yang sangat menarik untuk didaki di kawasan ini. 

Alam semulajadi yang dihamparkan begitu mengasyikkan dan pastinya anda teruja dengan deringan unggas dan hempasan air terjun yang mempersonakan.  Disini terdapat lebih 100 jenis spesis Flora dan pelbagai fauna yang boleh kita terokai. Ulu chepor adalah salah satu tempat rekreasi yang masih lagi terpelihara. Kejadian alam semulajadinya memang amat menakjubkan.

Kawasan ini merupakan Hutan Simpan Kekal bagi kerajaan negeri Perak. Bermakna, tidak akan ada pembangunan dan pastinya menjadi tugas kita untuk memelihara alam semulajadi yang indah ini agar tidak dicemari dan dapat terus dinikmati di masa-masa akan datang...



Kami datang sana pagi-pagi...masih berkabus...belum ada orang datang tau!...indahnya dunia.....kagum~! sangat mendamaikan...Subhanallah... :)

 
Percubaan mengambil gambar dalam air oleh Aifa.. ^__^ sukanya dengan kamera dia!

Korang pernah tengok puteri bersiram? nak tengok? 

ni la dia....jumpa masa kat Lata Ulu Chepor... (takyah nak poyo sangat eh~!)
Lagi gambar dalam air.... ^__^ heavennya~!
Nampak muka suci kan?hahaha~ padahal...separuh nyawa nak amik pic ni...
(kenapa susah nak tahan nafas dalam air ni?huhu~)




Gambar-gambar dua keping di atas ni diambil oleh YML Aiyue.. :) untunglah sayer dikelilingi dengan insan-insan yang berbakat besar dalam dunia seni.. ^__^


Sekiranya ada ruang waktu, dan ingin tempat yang menenangkan dan mendamaikan, 
Lata Ulu Chepor antaranya.. :)



Balik dari mandi manda, kami ke wedding ERNI~! :) tunggu cerita ni dalam next post ye.. ^__^

Wednesday, 20 February 2013

APAM CORNETTO ~ MAJLIS TUNANG


Hye U olllsssss~! :) ermm..kali ni YML taknak membebel sangat..kite cuci-cuci mata je, k? 



Tempahan untuk majlis pertunangan..pada mulanya untuk diletakkan sebagai hantaran, tapi dulang pula tak cukup, maka ianya dijadikan hadiah buat yang bertunang dan pasangan.. :) tempahan dari ofismate, Aisyah..repeated order.. ^__^ Alhamdulillah...Syukran..masih lagi mempercayai khidmat YML..bila banyak masa terluang, kerjanya amik gambar je la banyak-banyak..hehe~








Bile la nak dapat DSLR ni... gambar ni semua guna kamera handphone je..Sony Ericsson J20i..bukan smartphone tau...haaa~ hasilnya tidak juga mengecewakan...plus edit-edit sikit...ok la kan? lepas ni doakan YML dapat beli smartphone baru, kamera baru.. hehe~ dapatlah amik gambar cantik-cantik..asah bakat dalam bidang fotografi plak...(tinggi angan-angan.. :P) rindu suasana zaman belajar...zaman suka-suka..zaman berkumpul dengan kawan-kawan sama hobi..zaman menuntut ilmu dengan otai-otai photography.. ^__^

Jom..jom..jom tengok lagi~! :)


Antara bahan-bahan dan warna yang YML gunakan untuk apam kali ni.. :)




hasil akhir...hadiah buat insan yang bakal bertunang.. :)


Yang ini buahtangan untuk staf Area Office Tangkak..YML outstation selama 5 hari, berkampung di sana.. :) ternyata mereka teruja~! ^__^




Untuk 50 batang pertama, YML guna 3 warna.. 50 batang seterusnya, YML cuba guna 2 warna yang di selang-seli 4 lapisan..hasilnya tidak menghampakan.. ^__^




Sekian buat tatapan kali ini.. :)

Saturday, 16 February 2013

HADIAH BUAT PENGANTIN


Hello hello hello...~! YML in da house.. J da makan? Breakfast? Lunch? Dinner? Hehehe~ Raya Cina baru-baru ni YML ada kat kampung...hari-hari dpt makan besar... ^__^ (motippp? teringat makanan kat kampung..uhhuhu~) hari ni YML nak tayang sikit hasil tangan YML sepanjang menyepinya YML di alam maya.. J

yang ni YML jamahkan untuk ofismate YML.. ^__^

Nyum~ Nyum~
YML mendapat tempahan apam cornetto dari sahabat yang berada di Perak..wah...teruja YML pada mulanya...tapi, selepas beberapa ketika, YML terpikir, macamane YML nak hantar ke sana.. Pos ke? Boleh ke? Kalau hancur macamane?huhu~ selepas mendapat nasihat dan kepercayaan dari sahabat YML tu, YML pun cuba guna pos laju..untuk pengetahuan, sahabat YML ni merupakan usahawan felt craft.. J beliau juga menggunakan perkhidmatan secara pos dan juga bisnes secara online.. kalau berminat bolehlah lihat hasil tangan beliau di page Fafa Craft.. J 

Pembungkusan untuk cik fafacraft..a.k.a Aifa.. :)

Peringatan : untuk pos kene letak ngam-ngam supaya apam-apam ni duduk molek-molek dalam bekas ni...tak bergerak..dan mengelakkan dari pecah..

Dalam pada YML menyiapkan tempahan fafacraft, YML dapat dua jemputan kahwin pada hujung minggu tersebut..Azri & pasangan, serta Erni & pasangan.. dua hari selepas tu pulak, YML jumpa dengan incik pengantin, Usman & pasangan yang berbulan madu di Melaka..YML tak sempat datang wedding beliau di JB..incik Usman tunjukkan isterinya pada kami...sweet je diorang nih.. :) pening memikirkan hadiah untuk mereka, YML decide untuk bagi mereka rasa hasil tangan YML ni.. ^__^ buat semua sahabat YML, moga korang bahagia hingga hujung nyawa.. (bahang drama Setia Hujung Nyawa masih terasa..hee~)


..Untuk pengantin-pengantin.. ^__^
Masa tu jugak, kakak-kakak staf Area Office Kota Tinggi tempah Chocolate Chip Cookies dari YML...mengidam katanya...hehehe~ demi kakak-kakak ku tersayang, YML tetap usahakan untuk penuhi permintaan mereka...terima kasih kak Ida & kak Marinah.. ^__^



Jumpa lagi...~! ^__^
YML Miera..

Sunday, 10 February 2013

DONAT & INTERNAL QUALITY AUDIT


Assalamualaikum...

Hye readers… :) apa khabar?harap sentiasa dikurniakan kesihatan dalam menempuh hari-hari mendatang.. Happy Chinese New Year.. ^__^

Lamanya YML tidak menulis…apakah yang berlaku sebenarnya?huhuhu~  YML sedang melalui proses penyesuaian diri dengan jadual kerja yang baru...di tempat kerja YML, tanggungjawab YML telah bertambah, YML sekarang melakukan kerja-kerja audit kualiti (dalaman) ataupun internal quality audit (IQA)...apa tugas-tugas IQA ni?

IQA ini merupakan salah satu keperluan bagi syarikat-syarikat yang mendapat pengiktirafan daripada sistem pengurusan kualiti ISO 9001:2000...tujuannya adalah untuk mengawal kualiti barangan dan perkhidmatan agar dapat memenuhi kepuasan pelanggan..skop kerja YML lebih kepada audit kerja-kerja di tapak.. pada dua minggu pertama setiap bulan, YML akan ke dua pejabat kawasan terpilih untuk melaksanakan kerja-kerja audit nih..haha...cakap macam bagus je kan?tau x kerja-kerja audit ni lebih kepada kerja-kerja menilai sebenarnya...wah~ umur baru setahun jagung da pepandai nak menilai kan?hehehe~ ini lah yang dinamakan cabaran...YML dan kengkawan diberi masa 6 bulan untuk master dalam bidang neh..huhuhu...bayangkan ler budak-budak junior, muda-muda macam kami ni, pergi tempat orang, then membuat penilaian prestasi kerja orang-orang yang lebih senior dari kita...menyampah x?haa..itu cabaran kedua yang YML kene lalui..apa-apa pun ia menjadi seronok kerana YML banyak belajar dari sini.. :)

Dek kerana outstation memanjang, memang kurangla masa di alam maya ni kan....YML masih lagi belajar urus masa, urus kewangan...lagi banyak benda yang YML nak tau, lagi banyak benda yang YML tak tau...kadang-kadang, kita rasa kita sangat sibuk...tapi sebenarnya kita yang tak manage masa kita dengan betul..YML nak bagi 1 tips untuk mengurus masa dengan baik, korang list kan semua kerja yang korang nak setelkan atau nak buat pada hari tersebut..then, korang pilih mana kerja yang paling utama diikuti dengan kerja-kerja seterusnya...da siap buat 1 kerja, tandakan..nah...hasilnya takdelah kerja-kerja yang kita terlepas pandang dan juga takdelah kita blur-blur nak buat kerja yang mana dulu..betul tak?selamat mencuba.. :)

Sebelum entry ni berakhir, jom kita layan kuih donut yang YML baru belajar buat pada bulan November tahun lalu..(dah lama baru ko nak upload kan..) dek kerana buat lubang donat yang tak tentu arah, YML terus buat bentuk bulat, pastu cucuk kat stick..kreatif tak?haha, perasan..jom layan..




Tester merangkap opismate YML ada komen, "rasa sedap, lembut, tapi bersegi.." bersegi?apakah? setelah diamati, baru YML faham..rupanya yang dimaksudkan ada bahagian donat ni yang garing..yelah..biasanya dia bulat lembut je kan..korang nampak tak di balik gula tu bentuk dia tak rata bulat?haaa...illusi mata namanya..hahaha~ next time cuba lagi ye YML... ^__^

Thank you..
YML MieRa..