hye readers...~! macam lama sangat tak post kat blog ni kan?cik2 YML busy sikit lately ni..huhu~ sedar tak sedar, kita dah pun melangkah masuk ke bulan Zulhijjah..bulan terakhir dalam kalendar islam..bulan di mana umat islam mengerjakan ibadah haji dan qurban...juga bulan di mana umat islam merayakan hari raya Aidiladha..sempena bulan yang mulia ini, mari kita bersama-sama menghayati peristiwa-peristiwa penting dalam bulan ini.. ^__^
Hari raya Aidiladha merupakan salah satu dari hari
kebesaran dan perayaan bagi seluruh umat Islam. Anas bin Malik r.a berkata: Nabi s.a.w pernah
datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada
kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda
bersabda:
Aidiladha
juga diberi gelaran sebagai hari raya haji kerana ia diraikan ketika umat Islam
mengerjakan salah satu dari amal ibadah yang termasuk di dalam rukun Islam yang
lima, iaitu ibadah haji.
Di
samping itu, Aidiladha juga dikenali sebagai hari raya qurban (bukan korban
yer..qurban makna lain, korban lain jadi qurban lebih sesuai iaitu mendekatkan
diri kepada Allah) kerana antara syiar semasa merayakannya adalah mengorbankan
haiwan seperti unta, lembu, kambing dan biri-biri.
Ibadah qurban dilakukan sempena memperingati kisah
pengorbanan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyembelih anak kesayangannya Nabi
Ismail a.s kerana taat kepada perintah ALLAH. Namun, berkat kesabaran serta
ketaatan kedua-dua ayah dan anak ini maka ALLAH telah menggantikannya dengan
seekor binatang ketika Nabi Ibrahim sudah bersedia menyembelih anaknya itu.
Peristiwa ini telah dirakamkan oleh ALLAH
sebagaimana firman ALLAH S.W.T:
Rentetan dari peristiwa ini, saban tahun ketika
merayakan hari raya Aidiladha maka umat Islam menyembelih binatang-bintang
korban lalu mengagih-agihkannya kepada golongan yang kurang bernasib-baik
seperti orang miskin, anak yatim, orang Islam yang sedang ditimpa musibah dan
lain-lain lagi.
dibawah pula sedikit sebanyak tarikh-tarikh penting bagi mereka yang melakukan ibadah haji....
Marilah sama-sama kita tingkatkan ibadah di bulan baik ini....juga jangan lupa untuk fikirkan azam-azam sempena tahun baru hijrah nanti.. :) salam Aidiladha buat semua~!
No comments:
Post a Comment