Tuesday 21 May 2013

YML 1st JOB WEDDING!

27 April 2013....inilah tarikh bersejarah dimana YML melaksanakan job candy buffet & guestbook corner yang pertama! =) majlis sahabat YML sendiri, saudara Muhammad Firdaus dan pasangannya...

Terima kasih kerana percayakan kami.. :) moga bahagia hingga hujung nyawa...kekal sampai syurga dan cepat dapat baby....hehehe~

rasanya tak perlu YML bercerita panjang...biar gambar dibawah menghuraikan segalanya.. ^__^


tadaaa~! temanya pink-silver.. =)

meriah kan? kalau berminat, hubungi kami.. insyaALLAH berbaloi-baloi! 

Antara hidangan Candy Buffet : Apam Cornetto, Blueberry Cheese Tart, 2 jenis biskut, Roka, Coco Jelly dan banyak lagi.. ^__^

Antara hiasan yang ada dalam koleksi kami.. M.R.&.M.R.S alphabet..boleh juga menyewa jika ingin menggunakan kreativiti sendiri..
Our homemade Sweet Treats!

Lolipop berwarna ceria!

Adik pun nak masuk dalam cerita ni?ok takpe...dia sangat teruja hokeh dengan persembahan YML kat meja tu! hehe~
Our Homemade Chocolate Moist Cake.. :) cantik kan gambar ni?ehehe~ credit to YML AiYUE.. 

Sibuk je budak tu inteprem kan?hahaha~ mase proses touch-up..

Nak tau, kitorang punya makanan yang meriah ni, tak sampai 2 jam...licin! haha~ waktu kemuncak nya masa tengahari la..ditambah dengan kedatangan pengantin...penuh kawasan ni...YML nak masuk amik gambar pun tak dapat..


Apam Cornetto yang mendapat permintaan tinggi... :) 

Moist Cake Chocolate..kalau dah namanya coklat, memang feveret ramai!

Sweets for my Sweet!

malam tu hujan...nasib baik selamat...tak basah...YML setup barang-barang sehari sebelum majlis supaya tak kelam kabut..tapi semua makanan YML letak pada pagi hari kejadian..

Kat bawah ni pula guestbook corner jenis CSI....pakcik makcik pun turut sama excited turunkan tandatangan dan cop jari..memang seronok tengok gelagat mereka.. =) mereka cakap dua jarang-jarang mereka jumpa majlis kahwin yang ada sudut seperti ni.. ^___^
Pakcik ni merupakan orang pertama yang menurunkan tandatangan... :)
Antara props yang kami sediakan untuk guestbook corner.. ^__^
haaa...kejap je da penuh...hehehe~
banyaknyer colour! tak tau nak pilih warna apa...
"cepat bang....saya pun nak tinggalkan cop jari jugak!"
masa ni, orang tengah ramai berpusu-pusu keluar dan masuk...da takde ruang nak lalu dah.. :)
Apa pun...ia merupakan satu kenangan dan pengalaman yang berharga buat YML.. ^__^ masih lagi banyak kekurangan di sana sini...sokongan kalian amatlah bermakna buat YML dan penambahbaikan akan sentiasa dilakukan demi menghasilkan kerja yang terbaik! :) 

Sekian sahaja buat tatapan kalian...terima kasih kerana melawat blog YML! =) insyaALLAH, YML akan cuba sekerap mungkin untuk update kisah-kisah terbaru dan juga info-info yang bermanfaat untuk semua...moga dipermudahkan segala urusan...jangan lupa like FB YML ya! 

Thursday 16 May 2013

SELAMAT HARI GURU ^__^

WOW! da dua bulan ko tak hapdate blog ni? ko da kenape? huhuhu~ ni lah antara cabaran-cabaran yang terpaksa dilalui bagi seorang pekerja sepenuh masa dipejabat (ke alasan?), part time homemade business, dan juga perantau di tempat orang.. (fakta..ke auta?)..fakta okeh..hampir setiap hujung minggu I balik kampung..rindu family..hee~ agak kritikal untuk membahagikan masa dengan penuh saksama dan bijaksana...baru-baru ni plak broadband buat hal selama 3 minggu..maka..itulah jawapan kepada sepinya blog ini tanpa post terbaru... (ada orang kisah ke?)



Hari ini, tanggal 16 mei 2013..dikesempatan ini YML ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua guru-guru, pendidik anak bangsa sejak YML mula menjejakkan kaki ke sekolah tadika, sehingga ke hari ini..tak terbalas jasamu..moga aku tersenarai menjadi salah seorang murid kebanggaanmu..


Juga kepada pensyarah-pensyarah..baik ketika pengajian diploma mahupun ijazah..siapa diri ini sekarang, kalian lah menjadi sebahagian dari pembentuk diri ini....


Tidak lupa juga kepada tenaga-tenaga pengajar tidak langsung...ibu bapa, sahabat handai, penulis artikel-artikel motivasi dan peringatan, mereka-mereka yang berkongsi ilmu melalui penulisan dan kata-kata... yang semuanya membentuk dan mematangkan diri sehari-hari...banyak mengajar diri ini erti kehidupan..

Pada guru-guru ku juga insan-insan yang pernah memberikan khidmat bakti tanpa jemu..pada yang masih berhubungan, moga dikekalkan ikatan silaturrahim itu..pada yang sudah lama tidak ke temu...moga kita tetap berjodoh suatu hari nanti....ku harap pertemuan indah dengan mereka....moga aku menjadi salah satu sebab kepada senyuman mereka.. terima kasih cikgu!


~YML MIERA~