Monday 24 December 2012

CORSAGES for WEDDING

Assalamualaikum wbt..

hehehe~ dah berhabuk dah page craft YML ni kan..Nak kene berleter, diperas ugut baru laahh page crafts bergerak..hahaha~maaf ye korang.. T__T

cik MIE : Agaknya nanti smpi dah bersalin pengantin tu baru nak up pic  corsage dia tu ye..:p
cik YUE :Haaa~ yelar3..malas nak tunggu upload pic lelama laar..(adeh!! malassss nya sayaaaaa)

Haa~ Disember 2012.. Hujung tahun bagi 2012..sekejap je masa berlalu kan..Biasa nya dikaitkan dengan musim tengkujuh..musim hujan..tapi yg paling "fofular" musim mengawan..hahahah~ (bergurau je) Cuti sekolah ni memang sinonim dengan musim perkahwinan lar kan..TAHNIAH!! buat sahabat-sahabat YML  yang baru sahaja menamatkan zaman bujang..macam tak percaya je..kawan-kawan zaman selekeh bersama dulu..dah jadi isteri dan suami orang dah ye! hehe~(ada yg terus bunting pelamin tau~tahniah double,triple for u'ols..)

Kepada semua pengantin baru..semoga kekal bahagia dan tabah mengharungi dugaan demi  mempertahankan hubungan yang telah dibina hingga hujung nyawa..cewahh! Disini YML titipkan doa & restu buat semua..insyaALLAH ;)


Entry kali nie  pasal corsage a.k.a bunge kendarat..YML  dapat tempahan untuk weds bulan september lepas..(lama giler dah..heheh~:p) uhhh! jenuh juga tau nk siap kan 200pcs corsage untuk memenuhi permintaan sahabat YML ni (Nurain Talib) ..tak tidur malam dibuatnya..(yeke~) sampai menjahit tyme lunch kt ofis..hahaha~ 

okey lahh..korang leh tengok la hasil kerja tangan  YML yang seberapa nak halus tu ye.. >_^ lalalala~ sedia menerima tempahan mangikut cita rasa dan warna tema pilihan anda.. :)



Corsage in progress.. completed! :D

Hampir ke finishing..

Dah siap untuk di packing kan.. :)

horeyyy!! siapp..untuk dihantar kepada pelanggan ;)




Buat kamu puan aiendThanks very mery muchh! sbb bagi kepercayaan kat  YML untuk memberi sedikit sumbangan dihari bahagia kamu.. Maaflah sekiranya hasilnya kurang memuaskan hati..hehehe~Yelar kan..sebagai ganti.. YML xdpt nk hadir ke wedding aiend sbb kebetulan ada dua majlis serentak..both groom adalah BFF  YML .so terpaksa lah belah badan ni jadi dua..hahah~ Semoga persahabatan kita pun kekal hingga ke syurga lah ye.. BFF ;) 
Turut sertakan pic weds mereka untuk tatapan readers YML..lalalala~ <3




Thank you for reading~!
YML AiYue..

Saturday 15 December 2012

LOGO YML

Assalamualaikum....

Untuk post kali ni, YML nak bercerita khusus berkenaan logo YML.. :) ianya sebagai penghargaan buat housemate YML yang kreatif+comel! ^__^ dalam kesibukan dengan kerjaya serta part time master, sempat juga meluangkan masa melayan kerenah YML..jom kita tengok hasil kerja beliau.. :)




Draft pertama logo YML...ada tiga pilihan...YML minta draf kan, logo yang simple but nice..and comel-comel gitu..tak nak lah skema sangat..hehe~ so, inilah hasilnya... :) comel kan tulisan biskut tu...macam nak makan je biskut tu..hehehe~ 

Tanpa diminta, cik osmet juga turut draf kad nama untuk kami... :)



Bagi tunjuk muka depan je..hehe...

Setelah berdiskusi dengan cik partner...kami inginkan tema pink+purple..saya jatuh hati dengan tulisannya...tapi untuk buat logo, macam panjang sangat kan nanti...so, kami minta simple kan tulisan nya..tapi still suka dengan style biskut & jahit pada love tu..tak lama selepas itu, ada 5 draft logo yang mengikut citarasa kami tu...rambang mata kami dibuatnya..

Bincang-bincang, kami buat keputusan untuk ambil logo sepertimana sekarang.. :) kami juga minta penambahan tulisan biskut+bunga-bunga tu untuk dibuat bersama warna tema kami..maka terhasillah begini :-


Tulisan 'Cookies Craft' tu extra kami dapat.. :) thanks ye cik osmet atas kerjasama anda...sangat puashati.. ^__^ kalau ada readers yang berminat nak mendapatkan  khidmat beliau, boleh lah cuba contact beliau di blog ini...juga boleh contact FB beliau.. :) untuk pengetahuan, beliau baru saja berjinak-jinak dengan bisnes online..dress & skirt..hehe~

Thank you for reading..
YML MieRa...

HOMEMADE CADBURY CHOCOLATE

Bismillah.... Assalamualaikum..

=) hye readers...walaupun YML menyepi dari dunia blogging, bisnes YML masih berjalan seperti biasa.. YML nak perkenalkan satu lagi produk terhangat di pasaran..HOMEMADE CADBURY CHOCOLATE... ^__^ siapa yang hantu coklat pasti teruja dengan berita ini...hehehe~





haa...nampak tu...isinya padat dan mampat...cukup kaya dengan coklat yang enak dan menggiurkan....yang penting ianya dibuat oleh orang melayu kita...jadi pasti terjamin halal,kan? :) serius sedap...produk ni bukan YML buat sendiri...YML pun sedang tercari-cari apa bahan yang digunakan untuk belajar buat sendiri...huhu~ cemburu I tau...tuan punya coklat boleh buat coklat seenak ini...tak sama dengan coklat masakan di pasaran tau! 



YML berjaya capai matlamat YML dekat ofis - 1 meja 1 coklat..hehehe~ memang hebat betul penangan coklat ni...1 bekas tu beratnya lebih kurang 600-700gm...hanya RM12 sahaja...

Enak dimakan begitu sahaja, dicairkan untuk disapu dengan roti dan celup biskut, boleh juga dicairkan untuk ditambah kekacang dan sebagainya..mengikut citarasa masing-masing...tahan sehingga lebih sebulan.. :)





Thank you for reading.. :)
YML Miera.. ^__^

POPIA SARDIN

Assalamualaikum.... :)

Salam 1 Safar 1434 H bersamaan 15 Disember 2012... ^__^ cantik tarikh Hijrah hari ni kan? 1.2.34...moga kehidupan yang dilalui secantik tarikh hari ini.. dan walaubagaimana cantiknya angka itu, ia bukanlah penentu kehidupan dan nasib seseorang..jadi jangan terlalu taksub ye kawan-kawan~!

Menjejaki tarikh ini juga menunjukkan yang YML dah lama tak update post baru... :( kesibukan dari hari ke hari menyebabkan YML terabaikan blog ni.... (sibuk mengalahkan PM ke?) biasalah hujung-hujung tahun ni, memang beban kerja melebihi kebiasaan kan.. ke sana ke mari memenuhi tuntutan kerja, serta amik cuti panjang untuk menghabiskan cuti tahunan (sebenarnya kan....) jauh perjalanan, luas pemandangan, bertambah pengalaman..  :)

Okay..Harini YML nak share satu lagi produk YML... Popia Sardin...atau bahasa omputihnya 'Sardine Roll'... 



Homemade inti...sardin+kentang..ditumis dengan lada boh, serta diperah limau untuk menghilangkan rasa hanyir ikan...kemudian dibalut dengan kulit popia.. intinya yang kering membuatkan kulitnya tidak lembik walaupun setelah sejuk... Alhamdulillah mendapat respon positif daripada customer yang dah rasa.. :) tempahan boleh dibuat samada belum goreng (frozen) ataupun siap di goreng.. ^__^

Untuk frozen, 50 batang RM15..manakala siap di goreng RM18... ^___^




Tips menggoreng popia:
  • Inti perlu ditos, tak boleh berair
  • Pastikan minyak cukup panas sebelum masukkan popia..
  • Teknik menggoreng - masa nak masukkan popia api kena kuat, lepas tu slow/sederhanakankan api, gorengan mesti tenggelam atau kene selalu balikkan untuk warna yang sekata..once dah mula garing baru kuatkan semula api untuk kegaringan yang sekata..bile dah agak kekuningan atau keemasan...angkat dan toskan..
Inshaa ALLAH kalau digoreng dengan cara yang betul..goreng pagi pun rangupnya bertahan hingga malam..



YML Miera..