Tuesday 30 October 2012

PDMZ


Assalamualaikum teman-teman... :)

Salam 13 Zulhijjah bersamaan 29 oktober 2012...hari terakhir bagi umat islam menyempurnakan ibadah haji.. =) kita sudah berada di penghujung tahun hijrah...tidak lama lagi akan menjelma tahun 1434 Hijrah...moga kedatangan tahun baru menjadikan kita lebih baik dari semalam dalam mengharungi kehidupan dunia dan menghadapi kehidupan di akhirat kelak...apa azam tahun baru?perlu ke azam tahun baru ni? Terpulang pada pendapat masing-masing... tetapi untuk kita menjadi lebih baik dari semalam, sememangnya setiap hari kita perlukan azam, tekad dan matlamat agar kita sedar tentang tanggungjawab dan peranan kita sesama manusia, makhluk lain dan lebih-lebih lagi pada Maha Pencipta...

Hari ni YML nak share berkenaan dengan Piala Datuk Mohamed Zaini (PDMZ), satu event yang berlangsung di office YML baru-baru ini...apa yang menariknya?haaa~ kalau nak tau YML menjadi sukarelawan untuk buat sedikit jualan pada waktu tersebut... =) tema gerai YML ialah ‘cool’....hheehe~ dan kebanyakan dari produk-produk YML berasaskan homemade... ^__^ walaupun buat benda-benda simple je, tapi pengalaman dan kepuasan apabila orang berpusu-pusu membeli itulah yang lebih berharga dan bermakna bagi YML dan rakan-rakan kongsi..(chewah~)

Haaa...lupa pula..apa yang ada dalam PDMZ ni?actually ia merupakan event tahunan bagi syarikat tempat YML bekerja dimana football tournament dipertandingkan...pelbagai ragam dan kerenah kita dapat lihat masa ni...selain football tournament, mereka yang menonton juga boleh join side event yang berjalan serentak seperti teka gula-gula, dart, paintball, mini golf serta carom..pagi pula kami bersarapan dengan senamrobik~!

Promote~! Promote~!

Ramai nye yang mengerumuni gerai kami... Terima kasih kerana menyokong.. ^__^

double layer dadih..teruja x?hehe~ + jelly kelapa yang menjadi juadah wajib jual.. :)

Aiskrim Malaysia~! perisa Milo, Asam Boi & Laici...berhajat untuk teruskan dimasa-masa akan datang.. :) ada idea perisa lain tak?hehe~

Uih...makan benda-benda sejuk time panas-panas ni....memang syiok laaa~!

Thursday 25 October 2012

OTHER T H I N G S

 T H I N G S


Hp Strap (100pcs) MYR 18.00
Round Brooch Pin 19 mm (100 pcs) MYR 16.00
Round BroochPin 25 mm (100 pcs) MYR 18.00
Brooch Pin :1.5 cm (100 pcs) MYR 15.00

Keychain:25mm (100pcs) MYR 18.00
YML AiYue...

Sunday 21 October 2012

HAPPY BIRTHDAY AIYUE~!

Assalamualaikum...

post ni ditujukan khas buat partner YML cookies & crafts, SITI AYU LIYANA bt HARON, sempena hari lahirnya pada 16 Oktober baru-baru ni.. :) Happy Birthday AiYUE...moga kebahagiaan dan keredhaan ALLAH sentiasa bersama mu...moga persahabatan kita kekal dunia & akhirat...moga hari ni lebih baik dari semalam...dan esok lebih baik dari hari ni...



tak sempat nak buat suprise kat dia tau...kebetulan hari yang sama nak buat cermin mata YML yang dah rosak..tengah-tengah prepare deco kek dia, dia call ajak buat cermin mata..haru biru lah deco kek nya..hehe~ jom tengok apa yang sempat disiapkan.. :)


Kek Lapis Kukus Cream Cheese...Cheese da tak nampak sebab saje tambah topping coklat+choc chip ^__^ abis comot2 lama kek ditinggalkan dalam kereta..hehe~



.....aiYUEMIEra.....
ni je hiasan untuk kek yang paling kreatif mampu dibuat...hahaha~

hajat hati nak pacak-pacak kan ni atas kek..almaklumlah tak reti nak men'deco' kek kan..jadi guna kertas je~ ahahaha...xsempat nak gam kt lidi & pacak kat kek...tapi takpelah...janji hajat saya nak siapkan kek untuk dia tercapai...Alhamdulillah... :) 

sekali lagi selamat ulangtahun AiYUE... :)

AIDILADHA

Assalamualaikum...

hye readers...~! macam lama sangat tak post kat blog ni kan?cik2 YML busy sikit lately ni..huhu~ sedar tak sedar, kita dah pun melangkah masuk ke bulan Zulhijjah..bulan terakhir dalam kalendar islam..bulan di mana umat islam mengerjakan ibadah haji dan qurban...juga bulan di mana umat islam merayakan hari raya Aidiladha..sempena bulan yang mulia ini, mari kita bersama-sama menghayati peristiwa-peristiwa penting dalam bulan ini.. ^__^


Hari raya Aidiladha merupakan salah satu dari hari kebesaran dan perayaan bagi seluruh umat Islam. Anas bin Malik r.a berkata: Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda:


Aidiladha juga diberi gelaran sebagai hari raya haji kerana ia diraikan ketika umat Islam mengerjakan salah satu dari amal ibadah yang termasuk di dalam rukun Islam yang lima, iaitu ibadah haji.
Di samping itu, Aidiladha juga dikenali sebagai hari raya qurban (bukan korban yer..qurban makna lain, korban lain jadi qurban lebih sesuai iaitu mendekatkan diri kepada Allah) kerana antara syiar semasa merayakannya adalah mengorbankan haiwan seperti unta, lembu, kambing dan biri-biri.

Ibadah qurban dilakukan sempena memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail a.s kerana taat kepada perintah ALLAH. Namun, berkat kesabaran serta ketaatan kedua-dua ayah dan anak ini maka ALLAH telah menggantikannya dengan seekor binatang ketika Nabi Ibrahim sudah bersedia menyembelih anaknya itu.

Peristiwa ini telah dirakamkan oleh ALLAH sebagaimana firman ALLAH S.W.T:


Rentetan dari peristiwa ini, saban tahun ketika merayakan hari raya Aidiladha maka umat Islam menyembelih binatang-bintang korban lalu mengagih-agihkannya kepada golongan yang kurang bernasib-baik seperti orang miskin, anak yatim, orang Islam yang sedang ditimpa musibah dan lain-lain lagi.

dibawah pula sedikit sebanyak tarikh-tarikh penting bagi mereka yang melakukan ibadah haji....


Marilah sama-sama kita tingkatkan ibadah di bulan baik ini....juga jangan lupa untuk fikirkan azam-azam sempena tahun baru hijrah nanti.. :) salam Aidiladha buat semua~!


Monday 8 October 2012

KOD COLOUR : POLYESTER FELT

Kod Colour Felt untuk rujukan sume..kalau ada sesiapa nak order felt la..skung ni YML dah jadi dealer felt bagi msshoppe..hehe~ xsempat nk update kod colour sndri..so wt masa ni, YML guna kod yang sedia ada dulu la..hee~





YML AiYue...

Sunday 7 October 2012

BROOCH

BROOCH (Ready made) 

1. RM3 (4pcs RM10)
Polka dot Ribbon

Colorful Ribbon


Roselle Kids
Roselle Corak
Daisy
Double layer cotton


2. RM4 (3pcs RM10)

Polka dot comel

Strip comel

YML AiYue..